Gunakan iPhone untuk rutin harian anda
Semasa anda meneruskan hari, anda boleh menggunakan app pada iPhone anda untuk mendapatkan arah, membuat pembelian dan mengawal aksesori dalam rumah anda. Anda juga boleh menyenyapkan pemberitahuan semasa anda memandu atau bekerja, atau hanya membenarkan pemberitahuan khusus yang berkaitan dengan perkara yang anda fokuskan.

Mulakan hari dengan info yang anda perlukan
Semasa iPhone dicaskan, anda boleh meletakkannya dalam StandBy untuk melihat maklumat yang berguna dan mengikut masa dalam sekilas pandang. Dengan StandBy, anda boleh menggunakan iPhone anda sebagai jam katil yang memaparkan masa, suhu dan maklumat lain yang anda mungkin mahu lihat apabila anda bangun pada waktu pagi atau sebelum anda tidur.
Untuk menggunakan StandBy, sambungkan iPhone ke pengecas, dirikan iPhone pada sisinya (dalam orientasi landskap), kemudian ketik skrin.

Dapatkan arah ke tempat kegemaran anda
Sama ada anda berjalan, memandu, atau berbasikal, anda boleh menggunakan app Peta untuk mendapatkan arah ke tempat yang sering anda lawati, seperti rumah anda atau kafe kegemaran anda, tanpa memasukkan alamat setiap kali.
Dalam app Peta, ketik dalam baris Kegemaran, kemudian tambah lokasi.

Sediakan dompet maya
Simpan kad kredit, pas transit, kad pemvaksinan dan banyak lagi dalam app Wallet pada iPhone anda. Apabila anda menambahkan kad kredit atau debit ke Wallet, anda boleh menggunakannya untuk membuat pembayaran yang selamat dalam kedai atau dalam talian, serta menghantar dan menerima wang daripada rakan dan keluarga.
Untuk menambah kad pertama anda, buka app Wallet, ketik , kemudian ikuti arahan atas skrin.

Kekal fokus
Sama ada anda memandu, bekerja atau hanya perlu menjauhi iPhone, anda boleh menyediakan Fokus untuk menyenyapkan pemberitahuan yang tidak sepadan dengan tugas anda buat sementara waktu—dan memberitahu orang lain yang anda sibuk.
Pergi ke Seting > Fokus, kemudian pilih Fokus yang anda mahu gunakan, atau ketik
untuk mencipta Fokus anda sendiri.

Peringatan apabila anda memerlukannya
Anda boleh menggunakan app Peringatan untuk membuat senarai tugas bagi projek di sekitar rumah dan senarai barang runcit yang mengisih item menjadi kategori. Anda juga boleh mendapatkan peringatan tentang sesuatu apabila anda tiba di lokasi tertentu.
Untuk mencipta peringatan pertama anda, buka app Peringatan, kemudian ketik Peringatan Baharu.

Terlupa untuk mematikan lampu?
Dengan app Rumah pada iPhone, anda boleh mengawal aksesori didayakan HomeKit, seperti lampu, TV pintar dan termostat dari mana-mana secara selamat. Anda juga boleh mencipta automasi yang memudahkan rutin normal anda, seperti menghidupkan lampu laluan masuk anda secara automatik apabila anda sampai ke rumah anda pada waktu malam.
Untuk menambah aksesori Bekerja dengan HomeKit, buka app Rumah, ketik , kemudian ketik Tambah Aksesori.
Mahu mengetahui lebih lanjut?