Sambungkan pengawal permainan ke iPhone
Anda boleh menyambungkan pengawal permainan yang serasi ke iPhone anda menerusi Bluetooth® atau penyambung Lightning atau USB-C. Anda boleh menyesuaikan butang dan menambah pengawal kedua untuk mendapatkan bantuan daripada rakan.
Pasangkan pengawal permainan Bluetooth
Ikut arahan yang datang bersama pengawal untuk meletaknya dalam mod penemuan.
Pada iPhone, pergi ke Seting
> Bluetooth, aktifkan Bluetooth, kemudian ketik nama peranti.
Lihat artikel Sokongan Apple Sambungkan pengawal permainan wayarles ke peranti Apple anda.
Sambungkan pengawal permainan menerusi penyambung Lightning atau USB-C
Jika anda mempunyai pengawal permainan yang serasi, anda boleh menyambungkannya ke iPhone menggunakan penyambung Lightning atau USB-C. Bergantung pada model iPhone dan pengawal, anda mungkin memerlukan penyesuai (dijual secara berasingan). Ikuti arahan yang datang dengan pengawal anda.
Sesuaikan butang pengawal permainan
Selepas anda memasangkan atau menyambungkan pengawal permainan yang serasi, anda boleh menyesuaikan butang untuk permainan yang disokong daripada Apple Arcade dan App Store.
Pergi ke Seting
> Umum > Pengawal Permainan.
Ketik butang yang anda mahu tukar.
Untuk menyesuaikan app khusus, ketik Tambah App.
Tambah pengawal permainan kedua dan dapatkan bantuan daripada rakan
Dengan Pengawal Rakan, iPhone menggabungkan dua pengawal untuk memacu pemain tunggal dalam permainan supaya rakan boleh membantu anda pergi ke paras seterusnya. Pengawal Rakan serasi dengan sebarang permainan yang menyokong pengawal permainan.
Sambungkan dua pengawal permainan serasi ke iPhone menerusi Bluetooth atau penyambung Lightning atau USB-C.
Pergi ke Seting
> Umum > Pengawal Permainan > Pengawal Rakan.
Pilih pengawal utama, kemudian pilih pengawal kedua.