Ambil Live Photo dengan kamera iPhone anda
Gunakan Kamera untuk mengambil Live Photos dengan iPhone anda. Live Photo menangkap perkara yang berlaku sejurus sebelum dan selepas anda mengambil foto, termasuk audio. Anda mengambil Live Photo sama seperti anda mengambil foto biasa.
Ambil Live Photo
Buka Kamera pada iPhone anda.
Pastikan Kamera disetkan ke mod Foto dan Live Photo diaktifkan.
Nota: Live Photo aktif secara lalai. Apabila aktif, anda melihat butang Live Photo
di bahagian atas skrin kamera.
Ketik butang Pengatup untuk mengambil Live Photo.
Untuk memainkan Live Photo, ketik imej kecil foto di bahagian bawah skrin, kemudian sentuh dan tahan skrin.
Live Photo disimpan secara automatik dalam pustaka foto anda dalam app Foto . Untuk menambah kesan seperti lantun dan gelung ke Live Photo, lihat Tambah kesan ke Live Photo.
Nyahaktifkan Live Photo
Buka Kamera pada iPhone anda.
Pastikan Kamera disetkan kepada mod Foto.
Ketik butang Live Photo
di bahagian atas skrin kamera supaya garis condong kelihatan menerusi butang.
Jika anda telah mengambil Live Photo dan mahu menyahaktifkan kesan, lihat Buat pengeditan Live Photo.
Nota: Live Photos tidak tersedia apabila ProRAW atau HEIF Maks diaktifkan. Lihat Ambil foto Apple ProRAW dengan kamera iPhone anda.