Cari dan susun senarai dalam Peringatan pada iPhone
Dalam app Peringatan , anda boleh menyusun item anda dalam senarai dan kumpulan. Anda juga boleh mencari semua senarai item anda yang mengandungi teks khusus dengan mudah.
Nota: Semua ciri Peringatan yang diterangkan dalam panduan ini tersedia apabila anda menggunakan peringatan yang dikemas kini dalam iCloud. Sesetengah ciri tidak tersedia semasa menggunakan akaun lain.
Cari item dalam semua senarai anda
Dalam medan carian di atas senarai peringatan, masukkan perkataan atau frasa.
Cipta atau edit senarai dan kumpulan
Anda boleh menyusun item anda ke dalam senarai dan kumpulan senarai seperti kerja, sekolah, atau beli-belah. Lakukan mana-mana daripada berikut:
Cipta senarai baharu: Ketik Tambah Senarai, pilih akaun (jika anda mempunyai lebih daripada satu), masukkan nama, kemudian pilih warna dan simbol untuk senarai.
Cipta kumpulan senarai: Seret senarai ke dalam senarai lain; atau ketik
, ketik Edit Senarai, ketik Tambah Kumpulan, masukkan nama, kemudian ketik Cipta.
Susun semula senarai dan kumpulan: Seret senarai atau kumpulan ke lokasi baharu. Anda juga boleh mengalihkan senarai ke kumpulan lain.
Tukar nama dan rupa senarai atau kumpulan: Leret kiri pada senarai atau kumpulan, kemudian ketik
.
Pinkan senarai untuk akses mudah
Untuk pinkan senarai penting di bahagian atas senarai lain, sentuh dan tahan senarai, kemudian ketik Pin. Anda juga boleh meleret ke kanan pada senarai, kemudian ketik .
Anda boleh mempunyai maksimum sembilan senarai dipinkan.
Untuk menukar kedudukan senarai dipinkan, ketik , ketik Edit Senarai, kemudian seret
ke kedudukan baharu.
Padam senarai atau kumpulan dan peringatannya
Leret kiri pada senarai atau kumpulan, kemudian ketik . Apabila anda memadamkan kumpulan, anda mempunyai pilihan untuk menyimpan senarai.