Lihat peta cuaca pada iPhone
Anda boleh menggunakan app Cuaca untuk melihat peta kerpasan, suhu, kualiti udara dan angin di lokasi anda atau kawasan lain.

Lihat peta cuaca skrin penuh
Buka app Cuaca
pada iPhone anda.
Pilih lokasi, kemudian lakukan mana-mana yang berikut:
Ketik
di bahagian bawah skrin.
Skrol ke bawah, kemudian ketik peta cuaca.
Tukar paparan peta
Sementara melihat peta skrin penuh, lakukan mana-mana yang berikut untuk melaraskan paparan:
Tukar paparan peta kepada suhu, kerpasan, kualiti udara atau angin: Ketik
.
Sementara melihat peta kerpasan, ketik
untuk menukar paparan antara Ramalan 12 Jam dan Ramalan Jam Seterusnya (tidak tersedia di semua negara atau rantau).
Alihkan peta: Sentuh skrin dan seret jari anda.
Zum masuk dan keluar: Cubit skrin.
Lihat lokasi daripada senarai cuaca anda: Ketik
.
Kembali ke lokasi semasa anda: Ketik
.
Tambah lokasi ke senarai cuaca anda, lihat keadaan semasanya, atau lihatnya dalam Peta: Sentuh dan tahan lokasi.
Ketik Selesai untuk menutup peta.