Muat turun, simpan dan kongsi episod podcast pada iPhone
Dalam app Podcast , anda boleh memuat turun, menyimpan dan berkongsi episod podcast.
Muat turun episod
Ketik rancangan untuk melihat halaman maklumatnya.
Leret ke kiri pada episod, kemudian ketik
.
Anda juga boleh mengetik
di bawah episod, kemudian ketik Muat Turun Episod.
Simpan episod
Ketik rancangan untuk melihat halaman maklumatnya.
Leret ke kiri pada episod, kemudian ketik
.
Anda juga boleh mengetik
di bawah episod, kemudian ketik Simpan Episod.
Apabila anda menyimpan episod, episod dimuat turun secara automatik supaya anda boleh mendengarnya di luar talian. Untuk menyahaktifkan pilihan ini, pergi ke Seting > Podcast, kemudian nyahaktifkan Muat Turun Semasa Menyimpan.
Keluarkan episod yang disimpan
Ketik Pustaka, ketik Disimpan, kemudian ketik rancangan.
Leret ke kiri pada episod, kemudian ketik Nyahsimpan.
Anda juga boleh mengeluarkan episod yang disimpan semasa melihat senarai episod atau halaman maklumat episod. Ketik
, kemudian ketik Nyahsimpan Episod.
Keluarkan episod dimuat turun
Ketik Pustaka, ketik Dimuat Turun, kemudian ketik rancangan.
Leret ke kiri pada episod, kemudian ketik Keluarkan Muat Turun.
Anda juga boleh mengeluarkan episod yang dimuat turun semasa melihat senarai episod atau halaman maklumat episod. Ketik
, kemudian ketik Keluarkan Muat Turun.
Keluarkan semua episod yang dimuat turun daripada rancangan
Ketik Pustaka, ketik Rancangan, kemudian ketik rancangan untuk melihat halaman maklumatnya.
Ketik
, kemudian ketik Keluarkan Muat Turun.
Keluarkan semua episod dimuat turun
Ketik Pustaka, kemudian ketik Dimuat Turun.
Ketik
, kemudian ketik Keluarkan Semua Muat Turun.
Kongsi rancangan atau episod podcast
Ketik rancangan untuk melihat halaman maklumatnya. Jika anda mahu berkongsi episod khusus, ketik episod.
Ketik
berhampiran kanan atas skrin, kemudian ketik Kongsi Rancangan atau Kongsi Episod.