Buat panggilan persidangan atau tiga hala pada iPhone
Semasa anda dalam panggilan telefon, anda boleh menambah pemanggil atau beberapa pemanggil tambahan jika anda mahu menyertakan lebih ramai orang dalam perbualan. Jika anda mendapat panggilan masuk yang lain, anda juga boleh membalas atau mengabaikannya.
Mulakan panggilan persidangan atau tiga hala
Dengan GSM, anda boleh menyediakan panggilan persidangan dengan sehingga lima orang (bergantung pada pembawa anda).
Nota: Panggilan persidangan mungkin tidak tersedia jika panggilan anda menggunakan VoLTE (Suara melalui LTE) atau Panggilan Wi-Fi.
Semasa dalam panggilan pada iPhone, ketik Tambah Panggilan, buat panggilan lain, kemudian ketik Gabung Panggilan.
Ulang langkah ini untuk menambah lagi orang pada panggilan.
Semasa panggilan, lakukan mana-mana daripada berikut:
Cakap secara peribadi dengan seorang peserta: Ketik
, kemudian ketik Peribadi bersebelahan nama orang tersebut. Ketik Gabung Panggilan untuk meneruskan panggilan persidangan.
Tambah pemanggil masuk pada talian yang sama: Ketik Tahan Panggilan + Jawab, kemudian ketik Gabung Panggilan.
Keluarkan seorang peserta: Ketik
bersebelahan nama orang yang anda mahu keluarkan, kemudian ketik Tamatkan.