Kongsi lokasi anda dalam Mesej pada iPhone
Dalam perbualan iMessage dalam app Mesej , anda boleh memberitahu orang lain tentang lokasi anda (atau mengetahui lokasi mereka) dengan menggunakan perkongsian lokasi.

Kongsi dan kemas kini lokasi anda secara automatik
Apabila anda berkongsi lokasi anda dalam perbualan Mesej, ia dikemas kini pada masa nyata dalam perbualan. Anda boleh berkongsi lokasi anda dengan mengetik Lokasi Semasa (di atas papan kekunci) apabila seseorang bertanya lokasi anda atau lakukan yang berikut:
Buka app Mesej
pada iPhone anda.
Mulakan mesej baharu atau buka perbualan, kemudian lakukan salah satu daripada berikut:
Ketik
, ketik Lokasi, kemudian ketik Hantar.
Ketik nama orang yang anda mahu kongsikan lokasi anda di bahagian atas perbualan, kemudian ketik Kongsi Lokasi Saya.
Pilih tempoh masa anda ingin berkongsi lokasi anda.
Ketik Selama-lamanya jika anda mahu berkongsi lokasi anda sehingga anda berhenti berkongsi secara manual.
Ketik
untuk menghantar lokasi anda. (Atau ketik
jika anda bertukar fikiran.)
Anda juga boleh menggunakan Mesej untuk menyemak dengan seseorang—contohnya untuk memaklumkan ahli keluarga atau rakan yang anda telah sampai ke destinasi anda dengan selamat. Lihat Gunakan Periksa pada iPhone untuk memaklumkan rakan yang anda telah tiba.
Apabila anda berkongsi lokasi anda dalam perbualan kumpulan dan menambah orang lain ke kumpulan, anda boleh berkongsi semula lokasi anda untuk membolehkan semua orang melihat lokasi anda.
Apabila anda mahu berkongsi lokasi anda dalam perbualan SMS, hantar lokasi dipinkan.
Berjumpa dengan rakan
Jika anda berdua menggunakan model iPhone 15, anda boleh menggunakan Cari untuk mendapatkan arah tepat ke lokasi mereka apabila anda berhampiran satu sama lain. Lihat Gunakan Pencarian Tepat pada iPhone 15 untuk berjumpa dengan rakan.
Berhenti berkongsi lokasi anda
Buka app Mesej
pada iPhone anda.
Buka perbualan, kemudian lakukan satu yang berikut:
Ketik mesej dengan lokasi dikongsi anda, kemudian ketik Henti Berkongsi Lokasi Saya.
Ketik nama orang yang anda kongsikan lokasi di bahagian atas perbualan, kemudian ketik Henti Berkongsi atau Henti Berkongsi Lokasi Saya.
Gelembung sebelumnya dalam perbualan tidak lagi memaparkan peta.
Minta lokasi orang lain
Buka app Mesej
pada iPhone anda.
Mulakan mesej baharu atau buka perbualan dengan seseorang, kemudian lakukan salah satu daripada berikut:
Ketik
, ketik Lokasi, kemudian ketik Minta.
Hantar mesej yang berakhir dengan soalan, “Di mana anda?”, kemudian ketik Minta Lokasi (di atas papan kekunci).
Ketik nama orang yang anda mahukan lokasi di bahagian atas perbualan, kemudian ketik Minta Lokasi.
Ketik
untuk menghantar permintaan anda.
Selepas orang tersebut berkongsi lokasi dengan anda, lokasi mereka kelihatan di bawah nama mereka di bahagian atas perbualan. Ketik nama mereka untuk melihat tempat mereka dalam peta. Ketik peta untuk membesarkannya.
Apabila anda berhampiran dengan orang yang anda cari dan anda berdua menggunakan model iPhone 15, anda boleh menggunakan Cari untuk mendapatkan arah tepat ke lokasi mereka. Lihat Gunakan Pencarian Tepat pada iPhone 15 untuk berjumpa dengan rakan.
Nota: Perkongsian lokasi dan mencari orang tidak tersedia di semua negara atau rantau. Jika anda menyediakan perkongsian lokasi dan orang lain masih tidak melihat lokasi anda, pastikan Perkhidmatan Lokasi diaktifkan dalam Seting > Privasi & Keselamatan > Perkhidmatan Lokasi > Cari. Lihat Kawal maklumat lokasi yang anda kongsi pada iPhone.
Hantar lokasi dipin
Buka app Mesej
pada iPhone anda.
Mulakan mesej baharu atau buka perbualan, ketik
, kemudian ketik Lokasi.
Ketik
, kemudian seret peta hingga pin berada di tempat yang betul.
Ketik Hantar Pin, kemudian ketik
untuk menghantar pin anda.
Mesej menggunakan app Cari apabila anda berkongsi lokasi anda. Ketahui cara berkongsi lokasi anda dan mencari seseorang.