Muat turun lampiran e-mel dalam Mail pada iPhone
Dalam app Mail , anda boleh memuat turun lampiran yang dihantar kepada anda dalam e-mel atau mencari e-mel dengan lampiran dalam peti mel anda dengan mudah.
Muat turun lampiran yang dihantar kepada anda
Sentuh dan tahan lampiran, kemudian pilih Simpan Imej atau Simpan ke Fail.
Jika anda memilih Simpan Imej, anda boleh mencarinya kemudian dalam app Foto. Jika anda memilih Simpan ke Fail, anda boleh mencarinya kemudian dalam app Fail.

Petua: Untuk membuka lampiran dengan app lain, ketik Kongsi , kemudian pilih app.
Isi borang yang anda terima dalam Mail dengan cepat
Anda boleh menggunakan Isi Auto untuk mengisi borang yang anda terima dalam app Mail dengan cepat dan kemudian hantar semula borang tersebut ke pengirim asal tanpa meninggalkan Mail (iOS 17.2 atau lebih baharu).
Ketik lampiran untuk membuka dokumen.
Ketik
, kemudian ketik medan kosong untuk memasukkan teks menggunakan papan kekunci atas skrin.
Untuk mengisi baris lain, ketiknya, kemudian masukkan teks.
Ketik Selesai, kemudian ketik Balas kepada [nama].
Cari e-mel dengan lampiran
Jika anda menghadapi masalah untuk mencari lampiran yang dihantar oleh orang lain, anda boleh menapis e-mel anda untuk menunjukkan e-mel dengan lampiran sahaja.
Dalam peti mel, ketik
untuk mengaktifkan penapisan.
Ketik “Ditapis mengikut”, kemudian aktifkan Hanya Mail dengan Lampiran.
Petua: Anda juga boleh menunjukkan e-mel dengan lampiran daripada semua akaun dalam satu peti mel. Untuk mengesetkan peti mel lampiran, ketik di bahagian kiri atas, ketik Edit, kemudian pilih Lampiran. Peti mel lampiran mel kelihatan dalam senarai peti mel dengan peti mel lain anda.