Buat panggilan FaceTime Kumpulan pada iPhone
Dalam app FaceTime , anda boleh bercakap dengan sehingga 32 peserta dalam panggilan FaceTime Kumpulan (tidak tersedia di semua negara atau rantau).
Mulakan panggilan FaceTime Kumpulan
Dalam FaceTime, ketik FaceTime Baharu berdekatan bahagian atas skrin.
Taip nama atau nombor orang yang anda mahu hubungi dalam medan entri di bahagian atas.
Anda juga boleh mengetik
untuk membuka Kenalan dan menambah orang. Atau ketik kenalan yang dicadangkan dalam sejarah panggilan anda.
Ketik
untuk membuat panggilan video atau ketik
untuk membuat panggilan audio FaceTime.
Setiap peserta kelihatan dalam jubin pada skrin. Apabila peserta bercakap (secara lisan atau menggunakan bahasa isyarat) atau anda mengetik jubin, jubin tersebut diserlahkan atau menjadi lebih menonjol. Jubin yang tidak muat pada skrin kelihatan dalam baris di bahagian bawah. Untuk mencari peserta yang anda tidak nampak, leret menerusi baris. (Para peserta mungkin kelihatan dalam jubin jika imej tidak tersedia.)
Nota: Untuk melihat imej peserta disusun dalam grid, lihat Lihat peserta dalam tataletak grid dalam FaceTime pada iPhone.
Untuk menghalang jubin orang yang sedang bercakap atau mengisyaratkan menjadi lebih menonjol semasa panggilan FaceTime Kumpulan, pergi ke Seting > FaceTime, kemudian nyahaktifkan Pertuturan di bawah Prominens Automatik.
Nota: Pengesanan bahasa isyarat memerlukan model disokong untuk pembentang. Selain itu, kedua-dua pembentang dan peserta memerlukan iOS 14, iPadOS 14, macOS 11 atau lebih baharu.
Mulakan panggilan FaceTime Kumpulan daripada perbualan Mesej kumpulan
Dalam perbualan iMessage kumpulan, anda boleh memulakan panggilan FaceTime Kumpulan dengan semua orang sama yang anda berbual bersama dalam Mesej.
Ketik
di bahagian kanan atas perbualan iMessage.
Lakukan mana-mana daripada berikut:
Ketik Audio FaceTime.
Ketik Video FaceTime.
Tambah orang lain ke panggilan
Sebarang peserta boleh menambah orang lain pada bila-bila masa semasa panggilan FaceTime.
Semasa panggilan FaceTime, ketik skrin untuk menunjukkan kawalan FaceTime (jika ia tidak kelihatan), ketik
di bahagian atas kawalan, kemudian ketik Tambah Orang.
Taip nama, Apple ID, atau nombor telefon orang yang anda mahu tambah dalam medan entri di bahagian atas.
Atau ketik
untuk menambah seseorang daripada Kenalan.
Ketik Tambah Orang.
Sertai panggilan FaceTime Kumpulan
Apabila seseorang menjemput anda untuk menyertai panggilan FaceTime Kumpulan, anda menerima pemberitahuan tentang panggilan masuk—anda sama ada boleh menyertai atau menolak. Lihat Jawab panggilan FaceTime.
Tinggalkan panggilan FaceTime Kumpulan
Untuk meninggalkan panggilan kumpulan pada bila-bila masa, ketik Tinggalkan.
Panggilan kekal aktif jika dua atau lebih peserta masih kekal.