Ambil foto mod Malam dengan kamera iPhone anda
Pada model disokong, Kamera boleh menggunakan mod Malam untuk menangkap lebih banyak butiran dan mencerahkan syot anda dalam situasi cahaya malap. Panjang pendedahan dalam mod Malam ditentukan secara automatik, tetapi anda boleh bereksperimen dengan kawalan manual.
Petua: Gunakan tripod untuk foto mod Malam yang lebih terperinci.
Mod malam tersedia pada model dan kamera iPhone berikut:
iPhone 15 Pro, iPhone 15 Pro Max, iPhone 14 Pro, iPhone 14 Pro Max, iPhone 13 Pro dan iPhone 13 Pro Max: Kamera Ultralebar (0.5x), kamera Lebar (1x), kamera Telefoto (3x) dan kamera depan
Model iPhone 15, model iPhone 14, model iPhone 13 dan model iPhone 12: Kamera Ultralebar (0.5x), kamera Lebar (1x) dan kamera depan
Model iPhone 11: Kamera lebar (1x)

Buka Kamera
. Dalam situasi cahaya malap, mod Malam diaktifkan secara automatik.
Ketik
di bahagian atas skrin untuk mengaktifkan atau menyahaktifkan mod Malam.
Untuk bereksperimen dengan mod Malam, ketik
, ketik
dalam baris pilihan di bahagian bawah skrin, kemudian seret gelangsar ke kiri atau ke kanan untuk memilih antara pemasa Auto dan Maks. Dengan Auto, masa ditentukan secara automatik; Maks menggunakan masa pendedahan paling panjang. Seting yang anda pilih disimpan untuk syot mod Malam anda yang seterusnya.
Ketik butang Pengatup, kemudian pegang iPhone anda dengan pegun untuk mengambil syot.
Rerambut silang kelihatan dalam bingkai jika iPhone anda mengesan pergerakan semasa tangkapan—jajarkan rerambut silang untuk membantu anda mengurangkan pergerakan dan meningkatkan rakaman.
Untuk berhenti mengambil rakaman mod Malam semasa di tengah tangkapan, ketik butang Henti di bawah gelangsar.
Anda boleh mengambil swafoto dan video selang masa mod Malam dengan semua model iPhone 12, model iPhone 13, model iPhone 14 dan model iPhone 15.
Anda boleh menangkap foto mod Potret dengan mod Malam pada semua model iPhone 12 Pro, model iPhone 13 Pro, model iPhone 14 Pro dan model iPhone 15 Pro.