Sandarkan iPhone
Anda boleh menyandarkan iPhone menggunakan iCloud atau komputer anda. Untuk menentukan kaedah yang terbaik untuk anda, lihat Perihal sandaran untuk iPhone, iPad dan iPod touch.
Petua: Jika anda menukar iPhone, anda boleh menggunakan sandarannya untuk memindahkan maklumat anda ke peranti baharu. Lihat Pulihkan semua kandungan ke iPhone daripada sandaran.
Sandarkan iPhone menggunakan iCloud
Pergi ke Seting
> [nama anda] > iCloud > Sandaran iCloud.
Aktifkan Sandaran iCloud.
iCloud menyandarkan iPhone anda setiap hari secara automatik apabila iPhone bersambung ke kuasa, dikunci dan bersambung ke Wi-Fi.
Nota: Pada model yang menyokong 5G, pembawa anda mungkin memberikan anda pilihan untuk menyandarkan iPhone menggunakan rangkaian selular anda. Pergi ke Seting > [nama anda] > iCloud > Sandaran iCloud, kemudian aktifkan atau nyahaktifkan Sandarkan Melalui Selular.
Untuk melakukan sandaran manual, ketik Sandarkan Sekarang.
Untuk melihat sandaran iCloud anda, pergi ke Seting > [nama anda] > iCloud > Urus Storan Akaun > Sandaran. Untuk memadamkan sandaran pada peranti yang anda gunakan, pilih sandaran daripada senarai, kemudian ketik Nyahaktifkan & Padam daripada iCloud. Untuk memadamkan sandaran pada peranti berbeza yang menggunakan Apple ID yang sama, ketik Padam.
Nota: Jika anda mengaktifkan app atau ciri untuk menggunakan penyelarasan iCloud (dalam Seting > [nama anda] > iCloud > Tunjukkan Semua), maklumatnya disimpan dalam iCloud. Disebabkan maklumat kekal terkini pada semua peranti anda secara automatik, ia tidak disertakan dalam sandaran iCloud anda. Lihat artikel Sokongan Apple Apakah yang disandarkan oleh iCloud?
Sandarkan iPhone menggunakan Mac anda
Dalam bar sisi Finder pada Mac anda, pilih iPhone anda.
Untuk menggunakan Finder bagi menyandarkan iPhone anda, macOS 10.15 atau lebih baharu diperlukan. Dengan versi macOS yang lebih awal, gunakan iTunes untuk menyandarkan iPhone.
Di bahagian atas tetingkap Finder, klik Umum.
Pilih “Sandarkan semua data pada iPhone anda ke Mac ini”.
Untuk menyulitkan data sandaran anda dan melindunginya dengan kata laluan, pilih “Sulitkan sandaran setempat”.
Klik Sandarkan Sekarang.
Nota: Anda juga boleh menyambungkan iPhone ke komputer anda secara wayarles jika anda menyediakan penyelarasan melalui Wi-Fi.
Sandarkan iPhone menggunakan Windows PC anda
Dalam app iTunes pada PC anda, klik butang iPhone berdekatan bahagian kiri atas tetingkap iTunes.
Klik Ringkasan
Klik Sandarkan Sekarang (di bawah Sandaran).
Untuk menyulitkan sandaran anda, pilih “Sulitkan sandaran setempat”, taipkan kata laluan, kemudian klik Setkan Kata Laluan.
Untuk melihat sandaran yang disimpan pada komputer anda, pilih Edit > Keutamaan, kemudian klik Peranti. Sandaran yang disulitkan mempunyai ikon kunci dalam senarai sandaran.
Nota: Anda juga boleh menyambungkan iPhone ke komputer anda secara wayarles jika anda menyediakan penyelarasan melalui Wi-Fi.