Aktifkan atau jadualkan Fokus pada iPhone
Untuk menggunakan fokus, anda boleh mengaktifkannya terus dalam Pusat Kawalan, atau menjadualkannya untuk diaktifkan secara automatik.
Aktifkan Fokus dalam Pusat Kawalan
Buka Pusat Kawalan, ketik Fokus, kemudian ketik Fokus yang anda mahu aktifkan (contohnya Jangan Ganggu).
Nota: Jika Fokus lain aktif, ia dinyahaktifkan apabila anda mengetik yang baharu.
Untuk memilih titik tamat bagi Fokus, ketik
, pilih pilihan (seperti “Untuk 1 jam” atau “Sehingga saya meninggalkan lokasi ini”), kemudian ketik
lagi.
Apabila Fokus aktif, ikonnya (contohnya untuk Jangan Ganggu) kelihatan dalam bar status dan pada Skrin Kunci serta status anda dipaparkan secara automatik dalam app Mesej. Orang yang cuba menghantar mesej kepada anda akan melihat yang anda telah menyenyapkan pemberitahuan, tetapi mereka masih boleh memaklumkan anda jika terdapat perkara penting.
Nota: Anda juga boleh mengaktifkan atau menyahaktifkan Fokus dengan pergi ke Seting > Fokus, mengetik Fokus, kemudian mengaktifkannya.
Jadualkan Fokus untuk diaktifkan secara automatik
Anda boleh menjadualkan Fokus untuk diaktifkan pada masa tertentu, semasa anda di lokasi tertentu, atau apabila anda membuka app tertentu.
Pergi ke Seting
> Fokus, kemudian ketik Fokus yang anda mahu jadualkan.
Untuk membuatkan Fokus ini diaktifkan secara automatik berdasarkan kiu seperti lokasi atau penggunaan app, ketik Pengaktifan Pintar, aktifkan Pengaktifan Pintar, kemudian ketik
di sebelah kiri atas.
Ketik Tambah Jadual, kemudian setkan masa, lokasi, atau app yang anda mahu aktifkan Fokus ini.
Nota: Apabila anda menyediakan Fokus Tidur, ia mengikuti jadual tidur yang anda setkan dalam app Kesihatan. Untuk menambah atau mengedit jadual tidur, ketik Buka Tidur dalam Kesihatan. Lihat Tambah atau tukar jadual tidur dalam Kesihatan pada iPhone. Anda juga boleh menukar waktu tidur dan waktu bangun anda yang seterusnya. Lihat Setkan penggera dalam Jam pada iPhone.
Nyahaktifkan Fokus
Apabila anda selesai menggunakan Fokus, anda boleh menyahaktifkannya dengan cepat untuk membenarkan pemberitahuan semula. Selepas anda menyahaktifkan Fokus, ia masih kelihatan dalam Pusat Kawalan dan boleh digunakan semula.
Lakukan mana-mana daripada berikut:
Sentuh dan tahan ikon Fokus pada Skrin Kunci.
Buka Pusat Kawalan, kemudian ketik Fokus.
Ketik Fokus yang aktif untuk menyahaktifkannya.
Aktifkan atau nyahaktifkan Fokus menggunakan Siri
Anda boleh menggunakan Siri untuk mengaktifkan atau menyahaktifkan Fokus.
Siri: Sebutkan sesuatu seperti: “Aktifkan Fokus Kerja” atau “Nyahaktifkan Fokus Kerja”. Ketahui cara menggunakan Siri.
Padam Fokus
Apabila anda tidak lagi memerlukan Fokus yang anda sediakan, anda boleh memadamkannya.
Pergi ke Seting
> Fokus.
Ketik Fokus, skrol ke bahagian bawah skrin, kemudian ketik Padam Fokus.
Jika anda memadamkan Fokus disediakan, anda perlu menyediakannya semula dengan pergi ke Seting > Fokus, kemudian mengetik .