Gunakan widget Cuaca pada iPhone
Gunakan widget Cuaca untuk menyemak ramalan dan keadaan cuaca lain sekilas pandang pada Skrin Utama iPhone anda. Anda boleh memilih daripada pelbagai saiz dan paparan widget. Lihat Tambah widget ke Skrin Utama anda.
Petua: Anda boleh menambah lebih daripada satu widget Cuaca ke Skrin Utama anda, jadi anda boleh melihat keadaan dan ramalan cuaca di lokasi berbeza dengan cepat.

Tukar lokasi yang ditunjukkan dalam widget Cuaca
Anda boleh menukar lokasi yang widget Cuaca paparkan pada Skrin Utama iPhone anda.
Sentuh dan tahan widget Cuaca pada Skrin Utama anda.
Ketik Edit widget.
Ketik Lokasi Saya, kemudian ketik lokasi baharu yang anda mahu paparkan.
Nota: Pilihan lokasi dijanakan daripada senarai cuaca anda.
Ketik skrin di luar widget untuk kembali ke Skrin Utama iPhone anda.
Widget cuaca juga tersedia untuk Skrin Kunci iPhone. Lihat Cipta Skrin Kunci tersuai iPhone.