Dapatkan makluman apabila lokasi rakan bertukar dalam Cari pada iPhone
Gunakan app Cari untuk mendapat pemberitahuan apabila lokasi rakan anda bertukar. Anda boleh dimaklumkan apabila rakan tiba di lokasi, bertolak dari lokasi, atau tidak berada di lokasi.
Penting: Untuk menerima pemberitahuan apabila lokasi rakan anda berubah, pastikan anda membenarkan pemberitahuan untuk app Cari. Lihat Tukar seting pemberitahuan pada iPhone.
Anda juga boleh memberitahu rakan apabila lokasi anda bertukar. Lihat Maklumkan rakan apabila lokasi anda bertukar dalam Cari pada iPhone.
Nota: Perkongsian lokasi dan mencari orang tidak tersedia di semua negara atau rantau.
Dapatkan makluman apabila rakan anda tiba di atau bertolak dari lokasi
Ketik Orang di bahagian bawah skrin, kemudian ketik nama orang yang anda mahu dapatkan makluman.
Di bawah Pemberitahuan, ketik Tambah, kemudian ketik Maklumkan Saya.
Pilih sama ada anda mahu dimaklumkan apabila rakan tiba atau meninggalkan sesuatu lokasi.
Pilih lokasi, atau ketik Lokasi Baharu untuk mencipta lokasi baharu dan mengesetkan jejari lokasi.
Dengan jejari yang lebih besar, anda akan dimaklumkan apabila rakan anda dekat dengan lokasi dan bukannya betul-betul di lokasi.
Pilih sama ada anda mahu dimaklumkan hanya sekali atau setiap kali.
Ketik Tambah, kemudian ketik OK.
Rakan anda mendapat isyarat selepas anda mengesetkan pemberitahuan.
Jika anda mengesetkan pemberitahuan berulang, rakan anda mesti meluluskannya sebelum ia disetkan. Mereka menerima isyarat meminta kelulusan apabila mereka tiba atau meninggalkan lokasi yang anda pilih untuk kali pertama.
Dapatkan makluman apabila rakan anda tidak berada di lokasi
Anda boleh menerima pemberitahuan jika rakan atau ahli keluarga anda tidak berada di lokasi tertentu semasa jadual yang disetkan. Contohnya, anda boleh dimaklumkan jika anak anda tidak berada di sekolah semasa waktu sekolah.
Ketik Orang di bahagian bawah skrin, kemudian ketik nama orang yang anda mahu dapatkan makluman.
Di bawah Pemberitahuan, ketik Tambah, kemudian ketik Maklumkan Saya.
Di bawah Bila, ketik [nama rakan anda] Tidak Berada di.
Pilih lokasi, atau ketik Lokasi Baharu untuk mencipta lokasi baharu dan mengesetkan jejari lokasi.
Dengan jejari yang lebih besar, anda akan dimaklumkan apabila rakan anda dekat dengan lokasi dan bukannya betul-betul di lokasi.
Setkan masa anda mahu dimaklumkan.
Masa: Pilih masa mula dan masa tamat.
Hari: Pilih hari dalam minggu.
Ketik Tambah, kemudian ketik OK.
Rakan anda mesti meluluskan pemberitahuan sebelum ia disetkan. Mereka menerima isyarat meminta kelulusan pada masa dan hari pemberitahuan bermula.
Tukar atau nyahaktifkan pemberitahuan yang anda setkan
Ketik Orang di bahagian bawah skrin, kemudian ketik nama orang yang pemberitahuan anda mahu tukar atau nyahaktifkan.
Ini boleh jadi pemberitahuan yang anda terima tentang rakan, atau pemberitahuan yang rakan anda terima tentang anda.
Di bawah Pemberitahuan, ketik pemberitahuan.
Lakukan salah satu daripada yang berikut:
Tukar pemberitahuan: Tukar sebarang butiran, kemudian ketik Selesai.
Nyahaktifkan pemberitahuan: Ketik Padam Pemberitahuan, kemudian ketik Padam Pemberitahuan lagi.
Anda boleh mencipta sehingga 25 pemberitahuan Maklumkan Saya.
Nota: Anda hanya boleh mencipta pemberitahuan berulang untuk rakan yang telah mengaktifkan pengesahan dua faktor.