Dapatkan makluman apabila lokasi rakan bertukar dalam Cari pada iPhone
Gunakan app Cari untuk mendapat pemberitahuan apabila lokasi rakan anda bertukar. Anda boleh dimaklumkan apabila rakan tiba di lokasi, bertolak dari lokasi, atau tidak berada di lokasi.
Nota: Anda hanya boleh mencipta pemberitahuan berulang untuk rakan yang telah mengaktifkan pengesahan dua faktor. Lihat artikel Sokongan Apple Pengesahan dua faktor untuk Apple ID.
Anda juga boleh memberitahu rakan apabila lokasi anda bertukar. Lihat Maklumkan rakan apabila lokasi anda bertukar dalam Cari pada iPhone.
Dapatkan makluman apabila rakan anda tiba di atau bertolak dari lokasi
Ketik Orang, kemudian ketik nama orang yang anda mahu dimaklumkan.
Di bawah Pemberitahuan, ketik Tambah, kemudian ketik Maklumkan Saya.
Pilih sama ada anda mahu dimaklumkan apabila rakan tiba atau meninggalkan sesuatu lokasi.
Pilih lokasi, atau ketik Lokasi Baru untuk mencipta lokasi baru dan mengesetkan jejari lokasi.
Dengan jejari yang lebih besar, anda akan dimaklumkan apabila rakan anda dekat dengan lokasi dan bukannya betul-betul di lokasi.
Pilih sama ada anda mahu dimaklumkan hanya sekali atau setiap kali.
Ketik Tambah, kemudian ketik OK.
Rakan anda mendapatk isyarat selepas anda mengesetkan pemberitahuan. Jika anda mengesetkan pemberitahuan berulang, rakan anda mesti meluluskannya sebelum ia disetkan.
Dapatkan makluman apabila rakan anda tidak berada di lokasi
Anda menerima pemberitahuan jika rakan atau ahli keluarga anda tidak berada di lokasi tertentu semasa jadual yang disetkan. Contohnya, anda boleh dimaklumkan jika anak anda tidak berada di sekolah semasa waktu sekolah.
Ketik Orang, kemudian ketik nama orang yang anda mahu dimaklumkan.
Di bawah Pemberitahuan, ketik Tambah, kemudian ketik Maklumkan Saya.
Di bawah Bila, ketik [nama rakan anda] Tidak Berada Di.
Pilih lokasi, atau ketik Lokasi Baru untuk mencipta lokasi baru dan mengesetkan jejari lokasi.
Dengan jejari yang lebih besar, anda akan dimaklumkan apabila rakan anda dekat dengan lokasi dan bukannya betul-betul di lokasi.
Setkan masa anda mahu dimaklumkan.
Masa: Pilih masa mula dan masa tamat.
Hari: Pilih hari dalam minggu.
Ketik Tambah, kemudian ketik OK.
Rakan anda mesti meluluskan pemberitahuan sebelum ia disetkan.
Tukar atau nyahaktifkan pemberitahuan yang anda setkan
Ketik Orang, kemudian ketik nama orang yang pemberitahuannya anda mahu tukar atau nyahaktifkan.
Ini boleh jadi pemberitahuan yang anda terima tentang rakan, atau pemberitahuan yang rakan anda terima tentang anda.
Di bawah Pemberitahuan, ketik pemberitahuan.
Lakukan salah satu daripada yang berikut:
Tukar pemberitahuan: Tukar sebarang butiran, kemudian ketik Selesai.
Nyahaktifkan pemberitahuan: Ketik Padam Pemberitahuan, kemudian ketik Padam Pemberitahuan lagi.
Pilih orang yang anda terima pemberitahuan
Sesiapa dengan Apple ID boleh menghantar pemberitahuan kepada anda apabila mereka tiba di atau bertolak dari lokasi. Anda boleh memilih sama ada anda mahu menerima pemberitahuan ini daripada semua orang atau hanya daripada orang yang anda kongsikan lokasi anda.
Ketik Saya, kemudian ketik Terima Kemas Kini Lokasi.
Pilih Orang yang Anda Berkongsi atau Semua Orang.
Anda boleh mencipta sehingga 25 pemberitahuan Maklumkan Saya.