Sediakan dan gunakan Apple Card pada iPhone (A.S. sahaja)
Apple Card ialah kad kredit yang dicipta oleh Apple dan direka bentuk untuk membantu anda menjalani kehidupan kewangan yang lebih sihat. Anda boleh mendaftar untuk Apple Card dalam app Wallet pada iPhone dalam beberapa minit dan mula menggunakannya dengan Apple Pay serta-merta di kedai, dalam app, atau dalam talian di seluruh dunia. Apple Card memberi anda paparan masa nyata yang mudah difahami tentang transaksi terbaru dan baki anda dalam Wallet dan sokongan Apple Card tersedia bila-bila masa hanya dengan menghantar teks daripada Mesej.

Dapatkan Apple Card
Dalam Wallet, ketik
, kemudian ketik Mohon Apple Card.
Masukkan maklumat anda, kemudian bersetuju dengan terma dan syarat untuk menghantar permohonan anda.
Semak semula butiran tawaran Apple Card anda, termasuk had kredit dan APR, kemudian terima Apple Card atau ketik Tidak, Terima Kasih Sahaja untuk menolak.
Jika anda menerima syarat, anda boleh melakukan mana-mana yang berikut:
Setkan Apple Card sebagai kad lalai untuk transaksi Apple Pay.
Dapatkan Apple Card fizikal untuk digunakan di tempat Apple Pay tidak diterima.
Gunakan Apple Card
Anda boleh menggunakan Apple Card di mana-mana saja anda gunakan Apple Pay:
Anda juga boleh menggunakan Apple Card di lokasi Apple Pay tidak diterima:
Dalam app, pada web, atau menerusi telefon: Ketik
, kemudian ketik Maklumat Kad untuk melihat nombor kad, tarikh tamat tempoh dan kod keselamatan. Gunakan maklumat ini untuk membuat pembelian anda.
Di kedai, restoran dan lokasi lain. Gunakan kad fizikal.
Lihat transaksi dan penyata
Dalam Wallet, ketik Apple Card.
Lakukan mana-mana daripada berikut:
Semak transaksi anda: Lihat transaksi terkini anda, atau skrol ke bawah untuk melihat semua transaksi anda dikumpulkan mengikut bulan dan tahun.
Cari transaksi anda: Ketik
, masukkan perkara yang anda cari, kemudian ketik Cari pada papan kekunci. Anda juga boleh memilih carian dicadangkan seperti kategori, pedagang, atau lokasi, kemudian memasukkan teks tambahan untuk memperincikan carian anda.
Lihat aktiviti mingguan, bulanan, atau tahunan: Ketik Aktiviti (di bawah Baki Kad) untuk melihat perbelanjaan anda yang dikumpulkan dalam kategori seperti Beli-belah, Makanan & Minuman dan Perkhidmatan. Ketik Minggu, Bulan, atau Tahun untuk melihat paparan berlainan. Leret kanan untuk melihat tempoh sebelumnya.
Dapatkan penyata bulanan: Ketik Baki Kad untuk melihat baki bulan lepas, perbelanjaan baru serta bayaran dan kredit. Skrol ke bawah untuk melihat penyata bulanan anda. Ketik penyata untuk melihat ringkasan untuk bulan tersebut, memuat turun penyata PDF, atau mengeksport transaksi ke fail CSV atau OFX.
Buat bayaran
Ketik butang Bayaran. Atau ketik , kemudian lakukan mana-mana daripada berikut:
Bayaran Dijadualkan: Pilih Bayar Bil Saya atau Bayar Amaun Berbeza, masukkan butiran bayaran (seperti akaun dan tarikh), kemudian sahkan dengan Face ID, Touch ID, atau kod laluan anda.
Buat Bayaran: Leret tanda semak untuk melaraskan amaun bayaran atau ketik Tunjukkan Pad Kekunci untuk memasukkan amaun, ketik Bayar Sekarang atau Bayar Kemudian, semak butiran bayaran (seperti akaun bayaran), kemudian sahkan dengan Face ID, Touch ID, atau kod laluan anda.
Lihat butiran Apple Card, tukar seting, hubungi sokongan dan banyak lagi
Ketik , kemudian lakukan mana-mana daripada berikut:
Lihat maklumat kad.
Lihat butiran kredit.
Tambah atau keluarkan akaun bank yang dikaitkan.
Kunci kad fizikal anda dan minta kad pengganti.
Edit seting Transit Ekspres.
Dapatkan sokongan melalui Mesej, dengan telefon, atau pada tapak web Sokongan Apple Card.