Panduan Pengguna iPhone
- Selamat Datang
- Baru dalam iOS 14
-
- Bangunkan dan buka kunci
- Laraskan kelantangan
- Tukar bunyi dan getaran
- Akses ciri daripada Skrin Kunci
- Buka app
- Ambil gambar skrin atau rakaman skrin
- Tukar atau kunci orientasi skrin
- Tukar hias latar
- Setkan Live Photo sebagai hias latar
- Jadikan item skrin lebih mudah dicapai
- Cari dengan iPhone
- Gunakan AirDrop untuk menghantar item
- Lakukan tindakan cepat
- Guna dan sesuaikan Pusat Kawalan
- Tambah widget
- Cas dan pantau bateri
- Ketahui makna ikon status
- Perjalanan dengan iPhone
-
- Kalkulator
- Kompas
-
- Kumpul maklumat kesihatan dan kecergasan
- Kekalkan profil kesihatan
- Lihat maklumat kesihatan dan kecergasan
- Jejak kitaran haid anda
- Jejak pendedahan paras bunyi fon kepala dan persekitaran
-
- Pengenalan kepada jadual tidur
- Sediakan jadual tidur pertama anda
- Nyahaktifkan penggera dan padamkan jadual tidur
- Tambah atau tukar jadual tidur
- Gunakan iPhone daripada mod Tidur
- Aktifkan atau nyahaktifkan mod Tidur dengan cepat pada iPhone
- Tukar matlamat tidur anda dan pilihan Tidur lain
- Lihat sejarah tidur anda
- Kongsi data kesihatan dan kecergasan
- Muat turun rekod kesihatan
- Cipta dan kongsi ID Perubatan anda
- Urus kesihatan dengan Senarai Semak Kesihatan
- Daftar sebagai penderma organ
- Sandarkan data Kesihatan anda
-
- Pengenalan kepada Rumah
- Sediakan aksesori
- Kawal aksesori
- Tambah lebih banyak rumah
- Konfigurasikan HomePod
- Konfigurasikan kamera
- Pengecaman Muka
- Konfigurasikan penghala
- Cipta dan gunakan suasana
- Kawal rumah anda menggunakan Siri
- Kawal rumah anda dari jauh
- Cipta automasi
- Kongsi kawalan dengan orang lain
-
- Lihat peta
-
- Gunakan Siri, Peta dan widget untuk mendapatkan arah
- Pilih jenis perjalanan pilihan anda
- Dapatkan arah memandu
- Laporkan insiden trafik
- Cari kereta diparkir anda
- Dapatkan arah berbasikal
- Cari tempat untuk berhenti
- Dapatkan arah berjalan
- Dapatkan arah transit
- Lihat gambaran keseluruhan laluan anda atau arahnya dalam senarai
- Tukar seting audio untuk arah pusingan demi pusingan
- Pilih pilihan laluan lain
- Dapatkan arah antara tempat selain lokasi semasa anda
- Padam arah terbaru dilihat
- Gunakan Peta pada Mac anda untuk mendapatkan arah
- Bantu membetulkan dan meningkatkan Peta
- Dapatkan kenderaan
-
- Lihat foto dan video
- Padam dan sembunyikan foto dan video
- Edit foto dan video
- Edit Live Photos
- Edit foto mod Potret
- Susun foto dalam album
- Cari dalam Foto
- Kongsi foto dan video
- Lihat Memori
- Cari orang dalam Foto
- Layari foto mengikut lokasi
- Gunakan Foto iCloud
- Kongsi foto dengan Album Dikongsi iCloud
- Gunakan Strim Foto Saya
- Import foto dan video
- Cetak foto
- Pintasan
- Saham
- Petua
- Terjemah
- Cuaca
-
- Sediakan Perkongsian Keluarga
- Muat turun pembelian ahli keluarga.
- Berhenti berkongsi pembelian
- Aktifkan Minta untuk Beli
- Sediakan Apple Cash Keluarga
- Kongsi Apple Card
- Kongsi langganan dan storan iCloud
- Kongsi foto, kalendar dan banyak lagi bersama ahli keluarga
- Cari peranti ahli keluarga yang hilang
- Sediakan Masa Skrin menerusi Perkongsian Keluarga
-
- Kabel pengecasan
- Penyesuai kuasa
- Pengecas dan pek bateri MagSafe
- Bekas dan karung MagSafe
- Pengecas wayarles disijilkan Qi
-
- Sediakan AirPods
- Cas AirPods
- Mula dan hentikan main balik audio
- Tukar kelantangan AirPods
- Buat dan jawab panggilan dengan AirPods
- Tukar AirPods antara peranti
- Gunakan Siri dengan AirPods
- Dengar dan balas mesej
- Kongsi audio dengan AirPods dan fon kepala Beats
- Tukar mod kawalan bunyi
- Kawal audio ruang
- Mulakan semula AirPods
- Tukar nama AirPods anda dan seting lain
- Gunakan fon kepala Bluetooth lain
- Gunakan EarPods
- Semak paras bunyi fon kepala
- Apple Watch
- HomePod dan speaker wayarles lain
- Peranti storan luaran
- Magic Keyboard
- Pencetak
-
- Kongsi sambungan internet anda
- Benarkan panggilan telefon pada iPad, iPod touch dan Mac anda
- Serahkan tugas antara iPhone dan Mac anda
- Potong, salin dan tampal antara iPhone dan peranti lain
- Sambungkan iPhone dan komputer anda menggunakan kabel
- Selaraskan iPhone dengan komputer anda
- Pindahkan fail antara iPhone dan komputer anda
-
- Pengenalan kepada CarPlay
- Sambung ke CarPlay
- Gunakan Siri
- Gunakan kawalan terbina dalam kenderaan anda
- Dapatkan arah pusingan demi pusingan
- Laporkan insiden trafik
- Tukar paparan peta
- Buat panggilan telefon
- Main muzik
- Lihat kalendar anda
- Hantar dan terima mesej teks
- Mainkan podcast
- Mainkan buku audio
- Dengar cerita berita
- Kawal rumah anda
- Gunakan app lain dengan CarPlay
- Susun semula ikon pada Utama CarPlay
- Tukar Seting dalam CarPlay
-
- Bermula dengan ciri kebolehcapaian
-
-
- Aktifkan dan berlatih menggunakan VoiceOver
- Tukar seting VoiceOver anda
- Pelajari gerak isyarat VoiceOver
- Kendalikan iPhone menggunakan gerak isyarat VoiceOver
- Kawal VoiceOver menggunakan rotor
- Gunakan papan kekunci atas skrin
- Tulis dengan jari anda
- Gunakan VoiceOver dengan papan kekunci luaran Apple
- Gunakan paparan braille
- Taipkan braille atas skrin
- Sesuaikan gerak isyarat dan pintasan papan kekunci
- Gunakan VoiceOver dengan peranti penuding
- Gunakan VoiceOver dalam app
- Zum
- Kanta Pembesar
- Pengesanan orang
- Paparan & Saiz Teks
- Pergerakan
- Kandungan Dituturkan
- Perihalan Audio
-
-
- Gunakan perlindungan keselamatan dan privasi terbina dalam
-
- Pastikan Apple ID anda selamat
- Daftar masuk dengan Apple
- Isi kata laluan kukuh secara automatik
- Tukar kata laluan yang lemah
- Isi kod laluan SMS pada iPhone secara automatik
- Kongsi kata laluan dengan AirDrop secara selamat
- Jadikan kata laluan anda tersedia pada semua peranti anda
- Uruskan pengesahan dua faktor
-
- Maklumat keselamatan penting
- Maklumat pengendalian penting
- Dapatkan maklumat tentang iPhone anda
- Lihat atau tukar seting data selular
- Cari lebih sumber untuk perisian dan perkhidmatan
- Pernyataan pematuhan FCC
- Pernyataan pematuhan ISED Kanada
- Maklumat Jalur Ultralebar
- Maklumat Laser Kelas 1
- Apple dan persekitaran
- Maklumat pembuangan dan kitar semula
- Hak Cipta
Lihat atau tukar seting data selular pada iPhone
Aktifkan atau nyahaktifkan data selular dan perayauan, setkan app dan perkhidmatan yang menggunakan data selular, lihat penggunaan data selular dan setkan pilihan data selular lain.
Nota: Untuk bantuan dengan perkhidmatan rangkaian selular, mel suara dan pengebilan, hubungi penyedia perkhidmatan wayarles anda.
Jika iPhone disambungkan ke internet melalui rangkaian data selular, ikon yang mengenal pasti rangkaian selular muncul dalam bar status.
Perkhidmatan 5G, LTE, 4G dan 3G pada rangkaian selular GSM menyokong komunikasi suara dan data serentak. Untuk semua sambungan selular yang lain, anda tidak boleh menggunakan perkhidmatan internet apabila anda bercakap telefon melainkan iPhone turut mempunyai sambungan Wi-Fi kepada internet. Bergantung pada sambungan rangkaian, anda mungkin tidak dapat menerima panggilan semasa iPhone memindahkan data melalui rangkaian selular—contohnya, apabila memuat turun halaman web.
Rangkaian GSM: Pada sambungan EDGE atau GPRS, panggilan masuk mungkin akan masuk terus ke panggilan suara semasa pemindahan data. Untuk panggilan masuk yang anda jawab, pemindahan data dijeda.
Rangkaian CDMA: Pada sambungan EV-DO, pemindahan data dijeda apabila anda menjawab panggilan masuk. Pada sambungan 1xRTT, panggilan masuk mungkin akan masuk terus ke mel suara semasa pemindahan data. Untuk panggilan masuk yang anda jawab, pemindahan data dijeda.
Pemindahan data diteruskan apabila anda menamatkan panggilan.
Jika Data Selular tidak aktif, semua perkhidmatan data—termasuk e-mel, pelayaran web dan pemberitahuan push—hanya menggunakan Wi-Fi. Jika Data Selular aktif, caj pembawa mungkin dikenakan. Contohnya, menggunakan ciri dan perkhidmatan tertentu yang memindahkan data, seperti Siri dan Mesej boleh membawa caj kepada pelan data anda.
Pilih pilihan data selular untuk penggunaan data, prestasi, hayat bateri dan banyak lagi.
Untuk mengaktifkan atau menyahaktifkan Data Selular, pergi ke Seting > Selular.
Untuk mengesetkan pilihan apabila Data Selular diaktifkan, pergi ke Seting > Selular > Pilihan Data Selular, kemudian lakukan mana-mana yang berikut:
Kurangkan penggunaan selular: Aktifkan Mod Data Rendah, atau ketik Mod Data, kemudian pilih Mod Data Rendah. Mod ini menjeda kemas kini automatik dan tugas latar belakang semasa iPhone tidak disambungkan ke Wi-Fi.
Aktifkan atau nyahaktifkan Perayauan Data: Perayauan Data membenarkan akses internet melalui rangkaian data selular apabila anda berada dalam rantau yang tidak diliputi oleh rangkaian pembawa anda. Apabila anda dalam perjalanan, anda boleh menyahaktifkan Perayauan Data untuk mengelakkan daripada dikenakan caj perayauan.
Bergantung pada model iPhone, pembawa dan rantau anda, pilihan yang berikut mungkin tersedia:
Aktifkan atau nyahaktifkan Perayauan Suara: (CDMA) Nyahaktifkan Perayauan Suara untuk mengelakkan caj daripada penggunaan rangkaian pembawa lain. Apabila rangkaian pembawa anda tidak tersedia, iPhone tidak akan mempunyai perkhidmatan selular (data atau suara).
Dayakan atau nyahdayakan 4G/LTE: Menggunakan 4G atau LTE memuatkan data internet lebih laju dalam sesetengah keadaan tetapi mungkin mengurangkan prestasi bateri. Mungkin terdapat pilihan untuk menyahaktifkan 4G/LTE atau untuk memilih Suara & Data (VoLTE) atau Data Sahaja.
Pada model iPhone 12, anda boleh melakukan yang berikut:
Dayakan mod Data Pintar untuk mengoptimumkan hayat bateri: Ketik Suara & Data, kemudian pilih 5G Auto. Dalam mod ini, iPhone anda bertukar ke LTE secara automatik apabila kelajuan 5G tidak memberikan prestasi yang lebih baik.
Gunakan video yang lebih berkualiti dan FaceTime HD pada rangkaian 5G: Ketik Mod Data, kemudian pilih Benarkan Lebih Banyak Data pada 5G.
Sediakan Hotspot Peribadi untuk mula berkongsi sambungan internet selular daripada iPhone
Pergi ke Seting > Selular, kemudian aktifkan Data Selular.
Ketik Sediakan Hotspot Peribadi, kemudian ikuti arahan dalam Kongsi sambungan internet anda daripada iPhone.
Setkan data selular yang digunakan untuk app dan perkhidmatan
Pergi ke Seting > Selular, kemudian aktifkan atau nyahaktifkan Data Selular untuk sebarang app (seperti Peta) atau perkhidmatan (seperti Wi-Fi Dibantu) yang boleh menggunakan data selular.
Jika seting tidak aktif, iPhone menggunakan Wi-Fi untuk perkhidmatan tersebut.
Nota: Wi-Fi Dibantu aktif secara lalai Jika ketersambungan Wi-Fi lemah, Wi-Fi Dibantu bertukar ke data selular secara automatik untuk meningkatkan isyarat. Kerana anda terus bersambung ke internet melalui selular apabila anda mempunyai sambungan Wi-Fi yang lemah, anda mungkin menggunakan lebih banyak data selular, yang mungkin dikenakan caj tambahan bergantung pada pelan data anda. Lihat artikel Sokongan Apple Perihal Wi-Fi Dibantu.
Kunci kad SIM anda
Jika peranti anda menggunakan kad SIM untuk panggilan telefon atau data selular, anda boleh mengunci kad dengan nombor identiti peribadi (PIN) untuk menghalang orang lain daripada menggunakan kad tersebut. Kemudian, setiap kali anda memulakan semula peranti anda atau mengeluarkan kad SIM, kad anda dikunci secara atutomatik dan anda diminta untuk memasukkan PIN anda. Lihat Gunakan PIN SIM untuk iPhone atau iPad anda.