Tukar seting kamera lanjutan pada iPhone
Ketahui tentang ciri kamera lanjutan iPhone yang membolehkan anda menangkap foto dengan lebih pantas, menggunakan rupa yang disesuaikan dan dipertingkatkan pada foto anda, serta melihat kandungan di luar bingkai kamera.
Aktifkan dan nyahaktifkan Utamakan Tangkapan Lebih Laju
Pada iPhone XS, iPhone XR dan lebih baru, seting Utamakan Tangkapan Lebih Laju mengubah suai cara imej diproses—membenarkan anda menangkap lebih banyak foto apabila anda mengetik butang Pengatup dengan pantas.
Utamakan Tangkapan Lebih Laju aktif secara lalai. Untuk menyahaktifkan Utamakan Tangkapan Lebih Laju, pergi ke Seting > Kamera, kemudian nyahaktifkan Utamakan Tangkapan Lebih Laju.
Nyahaktifkan dan aktifkan Pengesanan Gambaran
Pada model iPhone 12, seting Pengesanan Gambaran boleh mengenal pasti perkara yang anda ambil foto dan menggunakan rupa yang disesuaikan untuk memberikan kualiti gambaran yang terbaik.
Pengesanan Gambaran aktif secara lalai. Untuk menyahaktifkan Pengesanan Gambaran, pergi ke Seting > Kamera, kemudian nyahaktifkan Pengesanan Gambaran.
Nyahaktifkan dan aktifkan Pembetulan Kanta
Pada model iPhone 12, seting Pembetulan Kanta melaraskan foto yang diambil dengan kamera depan atau kamera Ultra Lebar untuk hasil yang lebih semula jadi.
Pembetulan Kanta aktif secara lalai. Untuk menyahaktifkan Pembetulan Kanta, pergi ke Seting > Kamera, kemudian nyahaktifkan Pembetulan Kanta.
Aktifkan dan nyahaktifkan Lihat di Luar Bingkai
Pada model iPhone 11 dan model iPhone 12, pratonton kamera memaparkan kandungan di luar bingkai untuk menunjukkan anda perkara yang boleh ditangkap menggunakan kanta lain dalam sistem kamera dengan paparan medan yang lebih meluas. Untuk menyahaktifkan paparan ini, pergi ke Seting > Kamera, kemudian nyahaktifkan Lihat di Luar Bingkai.