Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini
Cari atau namakan semula rakaman dalam Memo Suara pada iPhone
Anda boleh mencari rakaman anda dalam app Memo Suara dan menamakan semula sebarang rakaman.
Cari rakaman
Dalam senarai Memo Suara, leret ke bawah untuk mendedahkan medan carian.
Ketik medan carian, masukkan sebahagian atau semua nama rakaman, kemudian ketik Cari.
Namakan semula rakaman
Rakaman disimpan pada awalnya dengan nama Rakaman Baru atau nama lokasi anda, jika Perkhidmatan Lokasi diaktifkan dalam Seting > Privasi.
Untuk menukar nama, ketik rakaman, ketik nama, kemudian taipkan yang baru.