Tukar seting pemberitahuan pada iPhone
Dalam Seting , pilih app yang boleh menghantar pemberitahuan, menukar bunyi isyarat, menyediakan isyarat berdasarkan lokasi, membenarkan isyarat kerajaan dan banyak lagi.
Tukar seting pemberitahuan
Kebanyakan seting pemberitahuan boleh disesuaikan untuk setiap app. Anda boleh mengaktifkan atau menyahaktifkan pemberitahuan app, menjadikan pemberitahuan memainkan bunyi, memilih cara dan tempat anda mahu pemberitahuan muncul apabila peranti anda dibuka kunci, serta banyak lagi.
Pergi ke Seting
> Pemberitahuan.
Untuk memilih waktu yang anda mahu kebanyakan pratonton pemberitahuan untuk muncul, ketik Tunjukkan Pratonton, kemudian pilih pilihan—Sentiasa, Apabila Dibuka Kunci, atau Jangan. (Anda boleh menggantikan seting ini untuk app individu.)
Pratonton boleh termasuk perkara seperti teks (daripada Mesej dan Mail) dan butiran jemputan (daripada Kalendar).
Ketik Balik, ketik app di bawah Gaya Pemberitahuan, kemudian aktifkan atau nyahaktifkan Benarkan Pemberitahuan.
Jika anda mengaktifkan Benarkan Pemberitahuan, pilih cara dan tempat anda mahu pemberitahuan muncul untuk app—contohnya, pada Skrin Kunci atau dalam Pusat Pemberitahuan.
Anda juga boleh mengesetkan gaya sepanduk, bunyi dan lencana pemberitahuan untuk kebanyakan app.
Ketik Himpunan Pemberitahuan, kemudian pilih cara anda mahu pemberitahuan dihimpunkan:
Ikut App: Semua pemberitahuan daripada app dikumpulkan bersama.
Automatik: Pemberitahuan daripada app dikumpulkan mengikut kriteria penyusunan dalam app, seperti mengikut topik atau jaluran.
Tidak Aktif: Nyahaktifkan himpunan.
Untuk menyahaktifkan pemberitahuan dipilih untuk app, pergi ke Seting > Pemberitahuan > Cadangan Siri, kemudian nyahaktifkan sebarang app.
Tunjukkan pemberitahuan terbaru pada Skrin Kunci
Anda boleh membenarkan akses ke Pusat Pemberitahuan pada Skrin Kunci.
Pergi ke Seting
> Face ID & Kod Laluan (pada iPhone dengan Face ID) atau Touch ID & Kod Laluan (pada model iPhone lain).
Masukkan kod laluan anda.
Aktifkan Pusat Pemberitahuan (di bawah Benarkan Akses Apabila Dikunci).
Senyapkan semua pemberitahuan anda
Minta Siri. Sebutkan sesuatu seperti: “Aktifkan Jangan Ganggu.” Ketahui cara meminta Siri.
Anda juga boleh pergi ke Seting > Jangan Ganggu, kemudian aktifkan Jangan Ganggu.
Sediakan isyarat berdasarkan lokasi
Sesetengah app menggunakan lokasi anda untuk menghantar isyarat berkaitan berdasarkan lokasi anda. Sebagai contoh, anda mungkin mendapat peringatan untuk menghubungi seseorang apabila anda tiba ke tempat khusus atau apabila anda bertolak ke lokasi anda seterusnya.
Jika anda tidak mahu melihat isyarat jenis ini, anda boleh menyahaktifkannya.
Pergi ke Seting
> Privasi > Perkhidmatan Lokasi.
Aktifkan Perkhidmatan Lokasi.
Ketik app, kemudian pilih sama ada anda mahu berkongsi lokasi anda semasa menggunakan app tersebut.
Lihat artikel Sokongan Apple Perihal privasi dan Perkhidmatan Lokasi.
Dapatkan isyarat kerajaan
Di sesetengah negara atau rantau, anda boleh mengaktifkan isyarat dalam senarai Isyarat Kerajaan. Sebagai contoh, pada iPhone di Amerika Syarikat, anda boleh menerima isyarat presiden dan anda boleh mengaktifkan atau menyahaktifkan (aktif secara lalai) Isyarat AMBER, Keselamatan Awam dan Kecemasan (yang termasuk isyarat untuk Ancaman Hampir Teruk dan Ekstrem). Pada iPhone di Jepun, anda boleh menerima Isyarat Gempa Bumi Kecemasan daripada Agensi Meteorologi Jepun.
Pergi ke Seting
> Pemberitahuan.
Skrol ke bawah ke bahagian Isyarat Kerajaan, kemudian aktifkan yang anda mahu.
Isyarat kerajaan berbeza mengikut pembawa dan model iPhone dan mungkin tidak berfungsi di bawah semua keadaan. Lihat artikel Sokongan Apple Perihal kecemasan dan isyarat kerajaan.