Mula dan hentikan main balik audio iPhone dengan AirPods
AirPods mengesan apabila anda memakainya dan ia memainkan atau menghentikan audio secara automatik daripada iPhone anda. Untuk menjeda, meneruskan, atau melangkau main balik audio, anda boleh menggunakan Digital Crown pada AirPods Max, Force Sensor pada AirPods Pro dan mengetik pada AirPods (generasi pertama dan kedua).
Dengar perkara yang dimainkan pada iPhone anda
AirPods Max: Letakkan AirPods Max pada kepala anda.
AirPods Pro dan AirPods (generasi pertama dan ke-2): Letakkan satu atau kedua-dua AirPods dalam telinga anda.
Hentikan audio
AirPods Max: Tanggalkan AirPods Max daripada kepala anda.
AirPods Pro dan AirPods (generasi pertama dan ke-2): Keluarkan kedua-dua AirPods daripada telinga anda, atau jika anda hanya memakai satu AirPods, keluarkan AirPods tersebut.
Jeda audio
AirPods Max: Tekan Digital Crown sekali. Tekan ia sekali lagi untuk memainkan.
Anda boleh memutar Digital Crown untuk menukar kelantangan. Anda juga boleh menggunakan Digital Crown untuk menjawab dan menamatkan panggilan, meminta Siri dan menamatkan pembacaan mesej baru.
AirPods Pro: Tekan Force Sensor pada salah satu AirPods anda. Untuk meneruskan main balik, tekan lagi.
Jika anda menekan Force Sensor terlalu lama, loceng berbunyi dan mod kawalan bunyi berubah.
Anda juga boleh menggunakan Force Sensor untuk menjawab dan menamatkan panggilan, meminta Siri, menukar mod kawalan bunyi dan menamatkan pembacaan mesej baru.
AirPods Pro dan AirPods (generasi pertama dan ke-2): Semasa mendengar dengan kedua-dua AirPods, keluarkan salah satu. Apabila anda mengembalikan AirPods ke telinga anda, main diteruskan secara automatik.
AirPods: (Generasi pertama dan kedua) Anda boleh mengesetkan salah satu AirPod anda untuk menjeda apabila anda mendwiklik AirPod, kemudian meneruskan main apabila anda mendwiklik AirPod lagi. Lihat Tukar nama dan seting lain untuk AirPods (generasi pertama dan ke-2).
Langkau trek
AirPods Max: Untuk melangkau ke depan, tekan Digital Crown dua kali dengan cepat. Untuk melangkau ke belakang, tekan Digital Crown tiga kali dengan cepat.
AirPods Pro: Untuk melangkau ke depan, tekan Force Sensor dua kali pada salah satu AirPods anda. Untuk melangkau ke belakang, tekan sensor tiga kali.
AirPods: (Generasi ke-2) Untuk melangkau ke depan, dwiketik salah satu AirPods anda. Anda boleh mengeset salah satu AirPods anda untuk melangkau ke belakang apabila anda dwiketik AirPods. Lihat Tukar nama dan seting lain untuk AirPods (generasi pertama dan ke-2).
AirPods: (Generasi pertama) Anda boleh mengeset salah satu AirPods anda untuk melangkau ke depan atau ke belakang apabila anda dwiketik AirPods. Lihat Tukar nama dan seting lain untuk AirPods (generasi pertama dan ke-2).
Jika anda tidak mahu AirPods memainkan atau menghentikan audio secara automatik, anda boleh menyahaktifkan Pengesanan Kepala Automatik atau Pengesanan Telinga Automatik.