Asas kamera iPhone
Ketahui cara untuk mengambil foto dengan Kamera pada iPhone anda. Pilih daripada mod kamera seperti Foto, Video, Pano, atau Potret dan zum masuk atau keluar untuk membingkaikan syot anda.
Minta Siri. Sebutkan sesuatu seperti: “Buka Kamera.” Ketahui cara meminta Siri.

Buka Kamera
Untuk membuka Kamera, leret ke kiri pada Skrin Kunci iPhone atau ketik ikon Kamera pada Skrin Utama iPhone.
Nota: Untuk keselamatan anda, titik hijau muncul di penjuru kanan atas skrin semasa Kamera sedang digunakan. Lihat Kawal akses kepada ciri perkakasan.
Bertukar antara mod kamera
Foto ialah mod standard yang anda lihat apabila anda membuka Kamera. Gunakan mod Foto untuk mengambil foto pegun dan Live Photo. Leret ke kiri atau kanan untuk memilih satu daripada mod kamera yang berikut:
Video: Rakam video.
Selang masa: Cipta video selang masa pergerakan untuk tempoh masa tertentu.
Gerak perlahan: Rakam video dengan kesan gerak perlahan.
Pano: Cipta landskap panorama atau suasana lain.
Potret: Gunakan kesan kedalaman medan pada foto anda (pada model yang disokong).
Segi empat: Hadkan bingkai skrin kamera anda kepada segi empat.
Pada iPhone 12, iPhone 12 mini, iPhone 12 Pro, iPhone 12 Pro Max, iPhone SE (generasi kedua), iPhone 11, atau iPhone 11 Pro, ketik
, kemudian ketik 4:3 untuk memilih antara nisbah aspek segi empat, 4:3 atau 16:9.
Zum masuk atau keluar
Pada semua model, buka Kamera dan cubit skrin untuk zum masuk atau keluar.
Pada model iPhone dengan sistem Dua dan Tiga kamera, togol antara 1x, 2x, 2.5x dan .5x untuk zum masuk atau keluar dengan cepat (bergantung pada model anda). Untuk zum yang lebih tepat, sentuh dan tahan kawalan zum, kemudian seret gelangsar ke kanan atau kiri.
Ambil foto atau video
Ketik butang Pengatup, atau tekan mana-mana butang kelantangan untuk mengambil foto.
Petua: Jika anda mahu mengambil video semasa anda dalam mod Foto, sentuh dan tahan butang Pengatup untuk merakamkan video QuickTake (iPhone 11 atau lebih baru).