Pengecas dan pek bateri MagSafe untuk iPhone
Pada model iPhone 12, pengecas dan pek bateri MagSafe melekat ke belakang iPhone, atau bekas atau karung MagSafe. Magnet memastikan penjajaran yang betul untuk pengecasan pantas dan wayarles, yang membenarkan anda memegang dan menggunakan iPhone semasa mengecas.
Pengecas MagSafe juga boleh mengecas AirPods dan model iPhone lain yang menyokong pengecasan wayarles. (Pengecas, pek bateri, bekas dan karung MagSafe dijual secara berasingan.)
Cas iPhone atau AirPods dengan Pengecas MagSafe
Sambungkan Pengecas MagSafe ke kuasa menggunakan Penyesuai kuasa USB-C 20W Apple atau penyesuai kuasa serasi lain (dijual secara berasingan).
Lakukan salah satu daripada berikut:
Model iPhone 12: Letakkan Pengecas MagSafe di bahagian belakang iPhone atau bekas atau karung MagSafe. Simbol pengecasan muncul apabila iPhone mula dicas.
Nota: Jika Dompet Kulit iPhone dipasang, tanggalkannya sebelum meletakkan Pengecas MagSafe pada bahagian belakang iPhone.
Model iPhone lain: Letakkan iPhone (model disokong) menghadap ke atas di bahagian tengah Pengecas MagSafe. Apabila iPhone dijajarkan dengan pengecas dengan betul, ikon
muncul dalam bar status.
AirPods dengan Bekas Pengecasan Wayarles atau AirPods Pro: Letakkan AirPods dalam bekas pengecasan, tutup penutup, kemudian letakkan bekas dengan lampu status menghadap ke atas di bahagian tengah Pengecas MagSafe. Apabila bekas dijajarkan dengan pengecas dengan betul, lampu status diaktifkan untuk beberapa saat, kemudian dinyahaktifkan sambil terus mengecas.
Lihat artikel Sokongan Apple Cara menggunakan Pengecas MagSafe dengan model iPhone 12.
Cas iPhone atau AirPods dan Apple Watch dengan Pengecas MagSafe Duo
Dengan Pengecas MagSafe Duo, anda boleh mengecas iPhone anda (model disokong) atau AirPods pada masa yang sama anda mengecas Apple Watch anda. (Pengecas MagSafe Duo, Apple Watch dan AirPods dijual secara berasingan.)

Sambungkan Pengecas MagSafe Duo ke kuasa menggunakan Penyesuai kuasa USB-C 20W Apple atau penyesuai kuasa serasi lain (dijual secara berasingan).
Untuk mengecas iPhone atau AirPods, lakukan salah satu daripada berikut:
iPhone: Letakkan iPhone menghadap ke atas di bahagian tengah permukaan pengecasan iPhone. Magnet pada model iPhone 12 membantu anda menjajarkan iPhone dengan pengecas dan simbol pengecasan kelihatan apabila iPhone mula dicas. Pada model lain, penunjuk pengecasan bateri muncul apabila anda menjajarkan iPhone dengan permukaan pengecasan dengan betul. Melainkan iPhone anda berada dalam mod senyap, anda mendengar loceng apabila pengecasan bermula.
Nota: Jika Dompet Kulit iPhone dipasang, tanggalkannya sebelum meletakkan iPhone pada Pengecas MagSafe Duo.
AirPods dengan Bekas Pengecasan Wayarles atau AirPods Pro: Letakkan AirPods dalam bekas pengecasan, tutup penutup, kemudian letakkan bekas dengan lampu status menghadap atas di bahagian tengah permukaan pengecasan iPhone. Apabila bekas dijajarkan dengan pengecas dengan betul, lampu status diaktifkan untuk beberapa saat, kemudian dinyahaktifkan sambil terus mengecas.
Untuk mengecas Apple Watch, lakukan salah satu daripada berikut:
Dengan permukaan pengecasan diletakkan dan tali Apple Watch dibuka, letakkan Apple Watch dengan muka jam menghadap atas di permukaan pengecasan.
Dengan permukaan pengecasan Apple Watch diangkat, letakkan Apple Watch pada sisinya dengan belakangnya disandarkan ke permukaan pengecasan. Apple Watch memasuki mod Meja Sisi supaya anda juga boleh menggunakannya sebagai jam penggera.
Permukaan pengecasan yang cekung melekat ke belakang Apple Watch anda secara magnetik dan menjajarkannya dengan betul. Apabila pengecasan bermula, simbol pengecasan muncul pada muka jam.
Cas iPhone 12 dengan MagSafe Battery Pack
MagSafe Battery Pack melekat kepada model iPhone 12 secara magnetik dan melanjutkan hayat bateri.
Nota: Jika Dompet Kulit iPhone dipasang, tanggalkannya sebelum meletakkan MagSafe Battery Pack.
Cas iPhone anda dalam perjalanan: Letakkan MagSafe Battery Pack di bahagian belakang iPhone atau bekas atau karung MagSafe. Simbol pengecasan muncul apabila iPhone mula dicas.
Lihat status bateri MagSafe Battery Pack dan iPhone: Semak widget Bateri dalam Paparan Hari Ini atau pada Skrin Utama.
Cas MagSafe Battery Pack dan iPhone: Dengan MagSafe Battery Pack pada iPhone, sambungkan mana-mana peranti ke sumber kuasa menggunakan Kabel USB-C ke Lightning dan Penyesuai kuasa USB-C 20W Apple atau penyesuai kuasa lain yang serasi (output kuasa minimum 20 watt; dijual berasingan). Penunjuk status pada MagSafe Battery Pack berwarna ambar semasa mengecas, kemudian bertukar hijau apabila pengecasan selesai.
Nota: Secara lalai, pengecasan dihadkan kepada 90 peratus untuk mengoptimumkan hayat MagSafe Battery Pack. Untuk mengeluarkan had pengecasan, buka Pusat Kawalan, ketik Mod Kuasa Rendah, kemudian ketik Cas melebihi 90%.
Anda juga boleh mengecas MagSafe Battery Pack tanpa iPhone.
Lihat artikel Sokongan Apple Cara menggunakan MagSafe Battery Pack anda.