Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini
Tukar seting audio dan video FaceTime pada iPhone
Bertukar antara kamera, atau aktifkan atau nyahaktifkan audio atau video semasa anda menggunakan app FaceTime .
Tukar kepada kamera belakang
Semasa anda dalam panggilan FaceTime, ketik skrin (jika anda tidak melihat kawalan), kemudian ketik (ketiknya lagi untuk bertukar kembali kepada kamera hadapan).
Nyahaktifkan bunyi
Semasa anda dalam panggilan FaceTime, ketik skrin (jika anda tidak melihat kawalan), kemudian ketik (ketik lagi untuk mengaktifkan bunyi kembali).
Nyahaktifkan kamera anda
Semasa anda dalam panggilan FaceTime, ketik skrin (jika anda tidak melihat kawalan), leret ke atas daripada bahagian atas kawalan, kemudian ketik Kamera Tidak Aktif (ketik lagi untuk mengaktifkannya kembali).