Cas AirPods untuk digunakan dengan iPhone
Cas AirPods Max
Sambungkan AirPods Max ke salur kuasa menggunakan Kabel Lightning ke USB dan penyesuai kuasa yang serasi.

Nota: Untuk membantu mengekalkan cas bateri semasa anda tidak menggunakan AirPods Max, letakkan AirPods Max dalam mod tidur dengan meletakkannya dalam Smart Case. (Anda tidak boleh memainkan audio pada AirPods Max apabila ia berada dalam Smart Case.)
Lihat artikel Sokongan Apple Cara mengecas AirPods Max anda dan ketahui tentang hayat bateri.
Cas AirPods Pro atau AirPods (generasi pertama dan ke-2):
Letakkan AirPods di dalam bekasnya.
Tutup penutup.
AirPods dimatikan dan dicas setiap kali ia di dalam bekas dengan penutupnya ditutup.
Untuk mengecas bekas, lakukan salah satu daripada berikut:
Sambungkan bekas ke salur kuasa menggunakan Kabel Lightning ke USB dan penyesuai kuasa yang serasi.
Jika anda mempunyai AirPods dengan Bekas Pengecasan Wayarles atau AirPods Pro, cas bekas dengan pengecas MagSafe wayarles atau dengan pengecas disijilkan Qi.
Lihat artikel Sokongan Apple Cas AirPods anda dan ketahui tentang hayat bateri.
Untuk melihat baki cas AirPods anda, semak widget Bateri. Lihat Tambah widget pada iPhone.