Laraskan seting untuk butang sisi atau Utama pada iPhone
Anda boleh melaraskan seting kebolehcapaian untuk butang sisi (pada iPhone dengan Face ID) atau butang Utama (pada model iPhone lain).
Pergi ke Seting
> Kebolehcapaian > kemudian ketik Butang Sisi (pada iPhone dengan Face ID) atau Butang Utama (pada model iPhone lain).
Setkan mana-mana yang berikut:
Kelajuan Klik: Pilih kelajuan yang diperlukan untuk mendwiklik atau klik tiga kali butang—Lalai, Perlahan, atau Paling Perlahan.
Tekan dan Tahan untuk Bercakap: Pilih sama ada Siri bertindak balas apabila anda menekan dan menahan butang.
Letak Jari untuk Buka: Pada iPhone dengan Touch ID, anda boleh membuka kunci iPhone dengan meletakkan jari anda pada butang.
Pada iPhone dengan Face ID, anda juga boleh menggunakan AssistiveTouch atau menggunakan Kawalan Suis untuk mengesahkan bayaran dengan Face ID berbanding mendwiklik butang atas.