Setkan matlamat bacaan dalam Buku pada iPhone
App Buku membantu anda menjejak jumlah minit yang anda baca setiap hari dan bilangan buku dan buku audio yang anda habiskan setiap hari. Anda boleh menyesuaikan matlamat anda untuk meluangkan lebih masa untuk membaca, setkan rekod pencapaian berterusan bacaan baru dan berkongsi pencapaian anda dengan rakan.

Tukar matlamat bacaan harian anda
Anda boleh melaraskan matlamat bacaan harian anda bergantung pada jumlah minit yang anda mahu baca setiap hari. Jika anda tidak menyesuaikan matlamat bacaan anda, ia disetkan ke lima minit setiap hari.
Ketik tab Sedang Dibaca, kemudian leret ke bawah ke Matlamat Bacaan.
Ketik Bacaan Hari Ini, kemudian ketik Laraskan Matlamat.
Luncur pembilang ke atas atau bawah untuk mengesetkan jumlah minit setiap hari yang anda mahu baca, kemudian ketik Selesai.
Apabila anda mencapai matlamat bacaan harian, anda akan menerima pemberitahuan daripada Buku; ketiknya untuk mendapatkan lebih butiran tentang pencapaian anda atau hantar pencapaian anda kepada rakan.
Nota: Untuk mengambil kira PDF dalam matlamat bacaan anda, pergi ke Seting > Buku, kemudian aktifkan Sertakan PDF.
Tukar matlamat bacaan tahunan anda
Selepas anda selesai membaca buku atau buku audio dalam Buku, koleksi Buku Dibaca Tahun Ini muncul di bawah Matlamat Bacaan. Matlamat bacaan tahunan lalai ialah tiga buku setahun, tetapi anda boleh meningkatkan atau mengurangkan matlamat anda bergantung pada jumlah buku yang anda mahu habiskan.
Ketik tab Sedang Dibaca, kemudian leret ke bawah ke Buku Dibaca Tahun Ini.
Ketik segi empat ruang letak kelabu, atau kulit buku, kemudian ketik Laraskan Matlamat.
Luncur pembilang ke atas atau bawah untuk mengesetkan jumlah buku setiap tahun yang anda mahu baca, kemudian ketik Selesai.
Apabila anda mencapai matlamat bacaan tahunan, anda akan menerima pemberitahuan daripada Buku; ketiknya untuk mendapatkan lebih butiran tentang pencapaian anda atau hantar pencapaian anda kepada rakan.
Lihat pencapaian berterusan bacaan dan rekod anda
Buku membolehkan anda tahu bilangan hari berturut-turut anda mencapai matlamat bacaan harian anda dan memaklumkan anda apabila anda mencapai rekod.
Untuk melihat pencapaian berterusan bacaan dan rekod semasa anda, ketik Sedang Dibaca, kemudian leret ke bawah ke Matlamat Bacaan.
Nyahaktifkan pemberitahuan dan Matlamat Bacaan
Nyahaktifkan pemberitahuan: Untuk berhenti menerima pemberitahuan apabila anda mencapai matlamat bacaan atau mengesetkan pencapaian berterusan bacaan, ketik akaun anda di penjuru kanan atas tab Sedang Dibaca, kemudian nyahaktifkan Matlamat Bacaan.
Nyahaktifkan Matlamat Bacaan: Pergi ke Seting > Buku, kemudian nyahaktifkan Matlamat Bacaan. Apabila Matlamat Bacaan dinyahaktifkan, penunjuk bacaan dalam Sedang Dibaca disembunyikan dan anda tidak menerima pemberitahuan.