Kongsi nota dan bekerjasama pada iPhone
Dalam app Nota , anda boleh menghantar salinan nota kepada rakan. Anda juga boleh menjemput orang untuk bekerjasama pada nota atau pada folder nota dalam iCloud dan semua orang akan melihat perubahan terbaru.
Hantar salinan nota
Buka nota yang anda mahu kongsi.
Ketik
, ketik Hantar Salinan, kemudian pilih cara untuk menghantar nota anda.
Bekerjasama pada nota
Apabila anda berkongsi nota dalam iCloud, semua kolaborator melihat perubahan semua orang. Semua orang yang anda kongsikan mestilah mendaftar masuk dengan Apple ID mereka untuk mengedit atau melihat nota.
Nota: Anda tidak boleh bekerjasama pada nota yang dikunci.
Lakukan salah satu daripada berikut:
Dalam senarai nota, leret ke kiri pada nota yang anda mahu kongsikan, kemudian ketik
.
Buka nota yang anda mahu kongsikan, ketik
, kemudian ketik Kongsi Nota.
Ketik Pilihan Perkongsian, kemudain pilih “Boleh membuat perubahan” atau “Lihat sahaja”.
Pilih cara menghantar jemputan anda (sebagai contoh, menggunakan Mail atau Mesej).
Bekerjasama pada folder Nota
Apabila anda berkongsi folder nota dalam iCloud, semua kolaborator melihat perubahan semua orang. Orang yang dibenarkan untuk membuat perubahan boleh mencipta atau mengedit nota, menambah lampiran dan mencipta subfolder jika mereka menggunakan iCloud.
Nota: Anda tidak boleh bekerjasama pada folder dengan nota yang dikunci.
Lakukan salah satu daripada berikut:
Dalam senarai nota, leret ke kiri pada folder yang anda mahu kongsikan, kemudian ketik
.
Buka folder yang anda mahu kongsikan, ketik
, kemudian ketik Kongsi Folder.
Ketik Pilihan Perkongsian, kemudain pilih “Boleh membuat perubahan” atau “Lihat sahaja”.
Pilih cara menghantar jemputan anda (sebagai contoh, menggunakan Mail atau Mesej).
Tambah atau keluarkan kolaborator atau berhenti berkerjasama
Ketik , kemudian lakukan mana-mana daripada berikut:
Tambah orang: Pilih pilihan perkongsian.
Keluarkan orang: Leret ke kiri pada kolaborator yang anda mahu keluarkan, kemudian ketik Keluarkan.
Tukar keizinan: Ketik Pilihan Perkongsian, kemudain pilih “Boleh membuat perubahan” atau “Lihat sahaja”.
Berhenti berkongsi: Apabila anda memilih pilihan ini, nota atau folder dikongsi dipadamkan daripada peranti peserta lain.