Laraskan seting papan kekunci atas skrin dan luaran pada iPhone
Anda boleh melaraskan papan kekunci atas skrin (perisian) pada iPhone. Jika anda menggunakan papan kekunci luaran (perkakasan) dengan iPhone, anda boleh menyesuaikan pintasan papan kekunci dan menukar seting seperti kadar ulangan kekunci.
Setkan papan kekunci atas skrin untuk hanya memaparkan huruf besar
Jika anda mempunyai kesukaran melihat papan kekunci atas skrin, anda boleh mengesetnya untuk hanya memaparkan huruf besar.
Pergi ke Seting > Kebolehcapaian > Papan Kekunci, kemudian nyahaktifkan Tunjukkan Kekunci Huruf Kecil.
Taipkan pada papan kekunci atas skrin yang lebih besar
Putarkan iPhone kepada orientasi landskap untuk menggunakan papan kekunci yang lebih besar bagi penaipan dalam kebanyakan app, termasuk Mail, Safari, Mesej, Nota dan Kenalan.
Untuk mendapatkan maklumat tentang cara lain untuk melaraskan papan kekunci atas skrin, lihat Taip dengan satu tangan dan Setkan pilihan penaipan.
Kawal iPhone dengan papan kekunci luaran
Jika anda menghadapi kesukaran menggunakan skrin sentuh, anda boleh mengawal iPhone anda menggunakan pintasan pada Magic Keyboard (dijual secara berasingan).
Pergi ke Seting
> Kebolehcapaian > Papan Kekunci, ketik Akses Papan Kekunci Penuh, kemudian aktifkan Akses Papan Kekunci Penuh.
Kawal iPhone anda menggunakan pintasan papan kekunci.
Tindakan
Pintasan
Pergi ke item seterusnya
Tab
Pergi ke item sebelumnya
Shift-Tab
Aktifkan item dipilih
Bar Space
Pergi ke Skrin Utama
Command-H
Buka Penukar App
Tab-A
Buka Pusat Kawalan
Tab-C
Buka Pusat Pemberitahuan
Tab-N
Tunjukkan Bantuan
Tab-H
Untuk menyesuaikan pintasan papan kekunci, ketik Perintah.
Untuk menyesuaikan rupa fokus, ketik mana-mana yang berikut:
Sembunyi Auto
Besarkan Saiz
Kontras Tinggi
Warna
Tukar cara kekunci bertindak balas pada papan kekunci luaran
Jika anda menghadapi kesukaran menggunakan papan kekunci luaran, anda boleh melaraskan seting.
Pergi ke Seting > Kebolehcapaian > Papan Kekunci, kemudian ketik mana-mana daripada berikut:
Ulangan Kekunci: Anda boleh melaraskan selang dan tunda ulangan.
Kekunci Lekat: Gunakan Kekunci Lekat untuk menekan dan menahan kekunci pengubah suai, seperti Command dan Option, sambil anda menekan kekunci lain.
Kekunci Perlahan: Gunakan Kekunci Perlahan untuk melaraskan masa antara kekunci ditekan dan apabila ia diaktifkan.