Dapatkan info trafik dan cuaca dalam Peta pada iPhone
Dalam app Peta , anda boleh melihat keadaan trafik dan mengetahui keadaan cuaca.
Ketahui tentang keadaan trafik
Daripada paparan peta atau satelit, ketik
.
Jika anda berada dalam paparan transit, ketik
, kemudian pilih Peta atau Satelit.
Aktifkan Trafik, kemudian ketik
.
Oren menandakan kenderaan perlahan dan merah menandakan trafik berhenti-henti.
Untuk melihat laporan insiden, ketik penanda insiden (tidak tersedia di semua negara atau rantau).
Penanda insiden menunjukkan maklumat seperti bahaya
, penutupan jalan
, pembinaan jalan
, kemalangan
dan banyak lagi.
Lihat Laporkan status bahaya atau kemalangan.
Nota: Maklumat trafik tidak tersedia di semua negara atau rantau. Lihat Tapak web Ketersediaan Ciri iOS dan iPadOS.
Ketahui tentang cuaca
Zum masuk pada peta sehingga ikon cuaca muncul di penjuru kanan bawah; ikon menunjukkan keadaan semasa untuk kawasan itu. Di sesetengah rantau, indeks kualiti udara juga muncul di penjuru kanan bawah.
Untuk melihat ramalan setiap jam, sentuh dan tahan ikon cuaca. Tekan ramalan setiap jam untuk melihat ramalan cuaca berbilang hari dalam app Cuaca.
Jika anda tidak mahu melihat maklumat cuaca atau indeks kualiti udara dalam Peta, pergi ke Seting > Peta, kemudian nyahaktifkan Keadaan Cuaca atau Indeks Kualiti Udara.