Aktifkan Minta untuk Beli untuk kanak-kanak pada iPhone
Apabila anda menyediakan Perkongsian Keluarga, pengelola keluarga boleh memerlukan kanak-kanak dalam kumpulan keluarga meminta kelulusan untuk pembelian atau muat turun percuma. Pembelian boleh diluluskan oleh pengelola atau ibu bapa atau penjaga dalam kumpulan keluarga.
Pergi ke Seting
> [nama anda] > Perkongsian Keluarga.
Ketik Minta untuk Beli, kemudian lakukan salah satu daripada yang berikut:
Jika tiada kanak-kanak dalam kumpulan keluarga anda: Ketik Tambah Anak atau Cipta Akaun Anak, kemudian ikuti arahan atas skrin.
Jika terdapat kanak-kanak dalam kumpulan keluarga anda: Ketik nama kanak-kanak, kemudian aktifkan Minta untuk Beli.
Nota: Pengehadan umur untuk Minta untuk Beli berbeza mengikut rantau. Di Amerika Syarikat, pengelola keluarga boleh mengaktifkan Minta untuk Beli untuk mana-mana ahli keluarga yang berusia bawah 18 tahun; untuk kanak-kanak di bawah umur 13 tahun, ia diaktifkan secara lalai.