Tambah lampiran ke nota pada iPhone
Dalam app Nota , anda boleh melampirkan foto, video dan dokumen diimbas. Anda juga boleh menambah info daripada app lain—peta, pautan, dokumen dan banyak lagi.
Tambahkan foto atau video
Dalam nota, ketik
.
Pilih foto atau video daripada pustaka foto anda, atau ambil gambar atau video baru.
Untuk menukar saiz pratonton lampiran, sentuh dan tahan lampiran, kemudian ketik Imej Kecil atau Imej Besar.
Petua: Untuk melukis pada foto, ketik foto, kemudian ketik .
Untuk menyimpan foto atau video yang anda ambil dalam Nota ke app Foto, pergi ke Seting > Nota, kemudian aktifkan Simpan ke Foto.
Imbas dokumen ke dalam nota menggunakan kamera
Dalam nota, ketik
, kemudian pilih Imbas Dokumen.
Tempatkan iPhone supaya halaman dokumen muncul pada skrin; iPhone menangkap halaman secara automatik.
Untuk menangkap halaman secara manual, ketik
atau tekan butang kelantangan. Untuk mengaktifkan atau menyahaktifkan denyar, ketik
.
Imbas halaman tambahan, kemudian ketik Simpan apabila anda selesai.
Untuk membuat perubahan kepada dokumen disimpan, ketiknya, kemudian lakukan yang berikut:
Tambah lebih banyak halaman: Ketik
.
Pangkas imej: Ketik
.
Gunakan penapis: Ketik
, kemudian pilih untuk mengimbas halaman sebagai warna, skala kelabu atau dokumen hitam dan putih atau sebagai foto.
Putar imej: Ketik
.
Tandakan dokumen: Ketik
, ketik
, kemudian gunakan alat Penanda untuk menambah anotasi ke tandatangan anda.
Padamkan imbasan: Ketik
.
Tambahkan info daripada app lain ke nota
Anda boleh menambahkan maklumat daripada app lain sebagai lampiran ke nota—sebagai contoh, lokasi dalam Peta, halaman web dalam Safari, PDF dalam Fail, atau gambar skrin.
Dalam app lain, buka item yang anda mahu kongsikan (contohnya, peta atau halaman web).
Ketik Kongsi atau
, kemudian ketik Nota.
Simpan item ke nota baru atau pilih nota sedia ada.
Lihat semua lampiran dalam Nota
Di atas senarai nota, ketik
, kemudian ketik Lihat Lampiran untuk melihat imej kecil lukisan, foto, pautan, dokumen dan lampiran lain. (Lampiran dalam nota dikunci tidak ditunjukkan.)
Untuk pergi ke nota dengan lampiran tertentu, ketik imej kecil lampiran, kemudian ketik Tunjukkan dalam Nota.