Edit kenalan pada iPhone
Dalam app Kenalan , tetapkan foto kepada kenalan, tukar label, tambah hari lahir dan banyak lagi.
Ketik kenalan, kemudian ketik Edit.
Lakukan mana-mana daripada berikut:
Tetapkan foto kepada kenalan: Ketik Tambah Foto. Anda boleh mengambil foto atau menambah satu daripada app Foto.
Tukar label: Ketik label, kemudian pilih salah satu dalam senarai, atau ketik Tambah Label Tersuai untuk mencipta label anda sendiri.
Tambah hari lahir, profil sosial, nama berkaitan dan banyak lagi. Ketik
bersebelahan item.
Benarkan panggilan atau teks daripada kenalan untuk menggantikan Jangan Ganggu: Ketik Nada Dering atau Nada Teks, kemudian aktifkan Pintasan Kecemasan.
Tambah nota: Ketik medan Nota.
Tambah awalan, nama fonetik, sebutan dan banyak lagi. Ketik “tambah medan”, kemudian pilih item dalam senarai.
Padam maklumat kenalan: Ketik
bersebelahan medan.
Apabila anda selesai, ketik Selesai.
Pada model dengan Dwi SIM, apabila anda memanggil atau menghantar teks kepada kenalan, iPhone menggunakan talian sama yang anda gunakan sebelum ini untuk komunikasi anda dengan kenalan ini secara lalai. Untuk memilih talian diutamakan bagi panggilan telefon dan perbualan mesej SMS/MMS, pilih kenalan, ketik lalai (di bawah nama kenalan), kemudian pilih talian.
Untuk menukar cara kenalan anda diisih dan dipaparkan, pergi ke Seting > Kenalan.