Cari orang dalam Foto pada iPhone
App Foto mengimbas pustaka foto anda untuk muka orang dan menambah muka yang ditemui paling kerap ke album Orang. Apabila anda menambah nama pada wajah, anda boleh mencari foto mengikut nama.
Nota: Dengan Foto iCloud, album Orang anda kekal terkini pada semua peranti anda yang memenuhi keperluan sistem minimum ini: iOS 11, iPadOS 13, atau macOS 10.13. (Anda mesti mendaftar masuk menggunakan Apple ID yang sama pada semua peranti.)
Cari foto orang yang tertentu
Untuk mencari foto orang tertentu, lakukan salah satu daripada yang berikut:
Dalam tab Album, ketik album Orang, kemudian ketik orang untuk melihat semua foto mereka.
Dalam tab Cari, masukkan nama orang dalam medan carian.
Tambah orang ke album Orang anda
Buka foto orang yang anda mahu tambahkan, kemudian leret ke atas untuk melihat butiran foto.
Ketik wajah di bawah Orang, kemudian ketik Tambah Nama.
Masukkan nama orang atau pilihnya daripada senarai.
Ketik Seterusnya, kemudian ketik Selesai.
Namakan orang dalam album Orang anda
Ketik tab Album, kemudian ketik album Orang.
Ketik wajah orang yang namanya anda mahu tambahkan.
Ketik Tambah Nama di bahagian atas skrin, kemudian masukkan nama orang.
Ketik Seterusnya, kemudian ketik Selesai.
Jika terdapat wajah yang dikenal pasti sebagai dua atau lebih orang dalam album Orang, ketik Pilih, ketik setiap detik orang itu, kemudian ketik Gabungkan.
Setkan foto utama orang
Ketik album Orang, kemudian ketik orang.
Ketik Pilih, kemudian ketik Tunjukkan Muka.
Pilih foto yang anda mahu setkan sebagai foto utama.
Ketik
, kemudian ketik Jadikan Foto Utama.
Betulkan kesalahan pengecaman
Ketik album Orang, kemudian ketik orang.
Ketik Pilih, kemudian ketik Tunjukkan Muka.
Ketik muka yang salah dicam.
Ketik
, kemudian ketik Bukan Orang Ini.