Tambah atau tukar papan kekunci pada iPhone
Anda boleh mengaktifkan atau menyahaktifkan ciri menaip, seperti semak ejaan; menambah papan kekunci untuk menulis dalam bahasa lain; dan menukar tataletak papan kekunci atas skrin atau wayarles anda.
Jika anda menambah papan kekunci untuk bahasa lain, anda boleh menaipkan dua bahasa tanpa perlu menukar antara papan kekunci. Papan kekunci anda bertukar antara dua bahasa yang anda gunakan paling kerap secara automatik. (Tidak tersedia untuk semua bahasa.)
Tambah atau keluarkan papan kekunci untuk bahasa lain
Pergi ke Seting
> Umum > Papan Kekunci.
Ketik Papan Kekunci, kemudian lakukan mana-mana yang berikut:
Tambah papan kekunci: Ketik Tambah Papan Kekunci Baru, kemudian pilih papan kekunci daripada senarai. Ulang untuk menambah lagi papan kekunci.
Keluarkan papan kekunci: Ketik Edit, ketik
bersebelahan papan kekunci yang anda mahu keluarkan, ketik Padam, kemudian ketik Selesai.
Susun semula senarai papan kekunci anda: Ketik Edit, seret
bersebelahan papan kekunci ke tempat baru dalam senarai, kemudian ketik Selesai.
Jika anda menambah papan kekunci untuk bahasa berbeza, bahasa yang berkenaan ditambah secara automatik ke senarai Tertib Bahasa Pilihan. Anda boleh melihat senarai ini dan menambah bahasa secara terus dalam Seting > Umum > Bahasa & Rantau. Anda juga boleh menyusun semula senarai untuk menukar cara app dan tapak web memaparkan teks.
Tukar ke papan kekunci lain
Semasa menaip teks, sentuh dan tahan
atau
.
Ketik nama papan kekunci yang anda mahu tukar.
Anda juga boleh mengetik atau
untuk bertukar daripada ke satu papan kekunci kepada yang lain. Teruskan mengetik untuk mengakses papan kekunci didayakan yang lain.
Untuk bertukar antara papan kekunci pada Magic Keyboard, lihat Tukar antara papan kekunci bahasa dan emoji.
Tetapkan tataletak alternatif pada papan kekunci
Anda boleh menggunakan tataletak papan kekunci alternatif yang tidak sepadan dengan kekunci pada papan kekunci anda.
Pergi ke Seting
> Umum > Papan Kekunci > Papan Kekunci.
Ketik bahasa di bahagian atas skrin, kemudian pilih tataletak alternatif daripada senarai.