Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini
Simpan draf dalam Mail pada iPhone
Dalam app Mail , anda boleh menyimpan draf untuk disiapkan kemudian, atau lihat e-mel sedia ada semasa anda menulis yang baru.
Simpan draf untuk kemudian
Jika anda menulis e-mel dan mahu menyiapkannya kemudian, ketik Batal, kemudian ketik Simpan Draf. Untuk meneruskan kerja pada e-mel draf disimpan, sentuh dan tahan , kemudian pilih draf.
Anda juga boleh meleret ke bawah pada bar tajuk e-mel yang anda tulis untuk menyimpannya untuk kemudian. Apabila anda bersedia untuk kembali ke e-mel anda, ketik tajuknya di bahagian bawah skrin.
Dengan OS X 10.10 atau lebih baru, anda juga boleh menyerahkan e-mel yang tidak siap dengan Mac anda. Lihat Serahkan tugas antara iPhone dan Mac anda.