Laraskan kelantangan pada iPhone
Semasa anda dalam panggilan atau mendengar lagu, filem atau media lain, butang di sisi iPhone melaraskan kelantangan audio. Jika tidak, butang mengawal kelantangan untuk pendering, isyarat dan kesan bunyi lain. Anda juga boleh menggunakan Siri untuk menaikkan atau menurunkan kelantangan.
Minta Siri. Sebutkan sesuatu seperti: “Naikkan kelantangan” atau “Turunkan kelantangan.” Ketahui cara meminta Siri.
AMARAN: Untuk maklumat mengenai mengelakkan kehilangan pendengaran, lihat Maklumat keselamatan penting untuk iPhone.

Kunci kelantangan pendering dan isyarat dalam Seting
Pergi ke Seting
.
Ketik Bunyi & Haptik (pada model disokong) atau Bunyi (pada model iPhone lain).
Nyahaktifkan Tukar dengan Butang.
Laraskan kelantangan dalam Pusat Kawalan
Apabila iPhone dikunci atau semasa anda menggunakan app, anda boleh melaraskan kelantangan dalam Pusat Kawalan.
Buka Pusat Kawalan, kemudian seret .
Hadkan kelantangan fon kepala
Anda boleh mengehadkan kelantangan maksimum fon kepala untuk muzik dan video bagi melindungi pendengaran anda.
Pergi ke Seting
.
Ketik Bunyi & Haptik (pada model disokong) atau Bunyi (pada model iPhone lain), kemudian ketik Keselamatan Fon Kepala.
Aktifkan Kurangkan Bunyi Kuat, kemudian seret gelangsar untuk memilih paras desibel maksimum bagi audio fon kepala.
Nota: Jika anda mempunyai Masa Skrin diaktifkan dalam Seting, anda boleh menghalang perubahan kepada kelantangan fon kepala maksimum. Pergi ke Seting > Masa Skrin > Pengehadan Kandungan & Privasi > Kurangkan Bunyi Kuat, kemudian pilih Jangan Benarkan.
Lihat Jejak pendedahan paras bunyi fon kepala dan persekitaran dalam Kesihatan pada iPhone.
Senyapkan panggilan, isyarat dan pemberitahuan buat sementara waktu
Buka Pusat Kawalan, kemudian ketik . (Lihat Setkan Jangan Ganggu pada iPhone.)
Letakkan iPhone dalam mod senyap
Untuk meletakkan iPhone dalam mod senyap , tekan suis Dering/Senyap (supaya suis menunjukkan lampu jingga). Untuk menyahaktifkan mod senyap, tekan suis lagi.

Apabila mod senyap aktif, iPhone memainkan semua bunyi. Apabila mod senyap aktif, iPhone tidak berdering atau memainkan isyarat atau kesan bunyi lain (namun iPhone masih akan bergetar).
Penting: Penggera jam, app audio seperti Muzik dan banyak permainan memainkan bunyi menerusi speaker terbina dalam apabila mod senyap aktif. Di sesetengah negara atau rantau, kesan bunyi untuk Kamera, Memo Suara dan Isyarat Kecemasan dimainkan, walaupun apabila suis Dering/Senyap disetkan ke senyap.