Panduan Pengguna iPhone
- Selamat Datang
- Baru dalam iOS 12
-
- Bangunkan dan buka kunci
- Ketahui gerak isyarat asas
- Ketahui gerak isyarat untuk iPhone X dan lebih baru
- Gunakan 3D Touch untuk pratonton dan pintasan
- Terokai skrin Utama dan app
- Tukar seting
- Ambil gambar skrin
- Laraskan kelantangan
- Tukar bunyi dan getaran
- Cari kandungan
- Guna dan sesuaikan Pusat Kawalan
- Lihat dan susun Paparan Hari Ini
- Akses ciri daripada skrin Kunci
- Perjalanan dengan iPhone
- Setkan masa skrin, peruntukan dan had
- Selaraskan iPhone menggunakan iTunes
- Cas dan pantau bateri
- Ketahui makna ikon status
-
- Aksesori yang disertakan dengan iPhone
- Sambungkan peranti Bluetooth
- Strim audio dan video ke peranti lain
- Kawal audio pada berbilang peranti
- AirPrint
- Gunakan Apple EarPods
- Apple Watch
- Gunakan Magic Keyboard
- Pengecasan wayarles
- Handoff
- Gunakan Papan Klip Universal
- Buat dan terima panggilan Wi-Fi
- Gunakan iPhone sebagai hotspot Wi-Fi
- Kongsi sambungan Internet iPhone anda
- Pindahkan fail dengan iTunes
-
-
- Bermula dengan ciri kebolehcapaian
- Pintasan Kebolehcapaian
-
-
- Aktifkan dan berlatih menggunakan VoiceOver
- Tukar seting VoiceOver anda
- Pelajari gerak isyarat VoiceOver
- Kendalikan iPhone menggunakan gerak isyarat VoiceOver
- Kawal VoiceOver menggunakan rotor
- Gunakan papan kekunci atas skrin
- Tulis dengan jari anda
- Kawal VoiceOver dengan Magic Keyboard
- Taipkan braille atas skrin menggunakan VoiceOver
- Gunakan paparan braille
- Gunakan VoiceOver dalam app
- Sebut pilihan, sebut skrin, maklum balas penaipan
- Zum masuk pada skrin
- Kanta Pembesar
- Seting paparan
- Face ID dan perhatian
-
- Akses Dibantu
-
- Maklumat keselamatan penting
- Maklumat pengendalian penting
- Dapatkan maklumat tentang iPhone anda
- Lihat atau tukar seting selular
- Ketahui lanjut tentang perisian dan perkhidmatan iPhone
- Pernyataan pematuhan FCC
- Pernyataan pematuhan ISED Kanada
- Maklumat Laser Kelas 1
- Apple dan persekitaran
- Maklumat pembuangan dan kitar semula
- Hak Cipta
Laraskan kelantangan pada iPhone
Semasa anda dalam panggilan atau mendengar lagu, filem atau media lain, butang di sisi iPhone melaraskan kelantangan audio. Jika tidak, butang mengawal kelantangan untuk pendering, isyarat dan kesan bunyi lain. Anda juga boleh menggunakan Siri untuk menaikkan atau menurunkan kelantangan.
Minta Siri. Sebutkan sesuatu seperti: “Naikkan kelantangan” atau “Turunkan kelantangan.” Ketahui cara meminta Siri.
AMARAN: Untuk maklumat mengenai mengelakkan kehilangan pendengaran, lihat Maklumat keselamatan penting untuk iPhone.
Kunci kelantangan pendering dan isyarat dalam Seting
Pergi ke Seting .
Ketik Bunyi & Haptik (model disokong) atau Bunyi (model lain).
Nyahaktifkan Tukar dengan Butang.
Laraskan kelantangan dalam Pusat Kawalan
Apabila iPhone dikunci atau semasa anda menggunakan app, anda boleh melaraskan kelantangan dalam Pusat Kawalan.
Buka Pusat Kawalan, kemudian seret .
Hadkan kelantangan untuk muzik dan video
Pergi ke Seting > Muzik > Had Kelantangan.
Seret gelangsar ke paras kelantangan maksimum yang anda mahu benarkan.
Senyapkan panggilan, isyarat dan pemberitahuan buat sementara waktu
Buka Pusat Kawalan, kemudian ketik . (Lihat Setkan Jangan Ganggu pada iPhone.)
Jadikan iPhone dalam mod dering atau senyap
Untuk menjadikan iPhone dalam mod dering atau mod senyap , balikkan suis Dering/Senyap.
Dalam mod dering, iPhone memainkan semua bunyi. Dalam mod senyap (suis menunjukkan warna oren), iPhone tidak berdering atau memainkan isyarat atau kesan bunyi lain (namun iPhone masih akan bergetar).
Penting: Penggera jam, app audio seperti Muzik dan banyak permainan memainkan bunyi menerusi speaker terbina dalam apabila iPhone berada dalam mod senyap. Di sesetengah rantau, kesan bunyi untuk Kamera, Memo Suara dan Isyarat Kecemasan dimainkan, walaupun suis Dering/Senyap disetkan ke senyap.
Untuk mendapatkan maklumat, lihat Tukar bunyi dan getaran iPhone.