Paparkan sari kata dan kapsyen untuk video serta pengumuman HomePod pada iPhone
Apabila anda memainkan kandungan video dalam app disokong, anda boleh mengaktifkan sari kata dan kapsyen tertutup (jika tersedia). iPhone selalunya menunjukkan sari kata dan kapsyen standard, tetapi anda juga boleh memilih kapsyen boleh diakses istimewa—seperti sari kata untuk pengguna pekak dan kurang pendengaran (SDH)—jika tersedia.
iPhone juga boleh memaparkan transkripsi pengumuman yang dibuat menerusi HomePod.
Aktifkan sari kata dan kapsyen dalam app Apple TV
Semasa memainkan kandungan video, ketik
.
Pilih daripada senarai sari kata dan kapsyen tersedia.
Sesuaikan sari kata dan kapsyen dalam app video disokong.
Pergi ke Seting
> Kebolehcapaian > Sari Kata & Kapsyen.
Jika anda mengutamakan kapsyen tertutup atau sari kata untuk pengguna pekak dan kurang pendengaran apabila tersedia, aktifkan Kapsyen Tertutup + SDH.
Ketik Gaya, kemudian pilih gaya kapsyen sedia ada atau cipta gaya baru berdasarkan yang berikut:
Fon, saiz dan warna
Warna dan kelegapan latar belakang
Kelegapan teks, gaya pinggir dan serlahan
Tunjukkan transkripsi pengumuman pada HomePod
Pergi ke Seting > Kebolehcapaian > Sari Kata & Kapsyen, kemudian aktifkan Tunjukkan Transkripsi Audio.