Sediakan pemajuan panggilan dan panggilan menunggu pada iPhone
Anda boleh menyediakan pemajuan panggilan dan panggilan menunggu pada iPhone jika anda mempunyai perkhidmatan selular menerusi rangkaian GSM.
Jika anda mempunyai perkhidmatan selular menerusi rangkaian CDMA, hubungi pembawa anda untuk mendapatkan maklumat tentang mendayakan dan menggunakan ciri ini.
Pergi ke Seting
> Telefon.
Ketik mana-mana daripada berikut:
Pemajuan Panggilan:
muncul dalam bar status apabila pemajuan panggilan aktif. Anda mesti berada dalam julat rangkaian selular apabila anda setkan iPhone untuk memajukan panggilan, atau panggilan tidak akan dimajukan.
Pada model dengan Dwi SIM, pilih talian.
Panggilan Menunggu: Jika anda dalam panggilan dan panggilan menunggu dinyahaktifkan, panggilan masuk akan masuk terus ke mel suara.
Pada model dengan Dwi SIM, panggilan menunggu hanya untuk panggilan masuk pada talian yang sama, melainkan talian lain mempunyai panggilan Wi-Fi didayakan dan sambungan data tersedia. Lihat Sediakan perkhidmatan selular pada iPhone.
Untuk mendapatkan maklumat tentang pemajuan panggilan bersyarat (jika tersedia daripada pembawa anda) apabila talian sedang sibuk atau tiada dalam perkhidmatan, hubungi pembawa anda untuk maklumat persediaan.