Dapatkan info trafik dan info lain dalam Peta pada iPhone
Dalam app Peta , lihat keadaan trafik, ketahui tentang cuaca, lihat ulasan untuk perniagaan dan tarikan serta banyak lagi.
Ketahui tentang keadaan trafik
Daripada paparan peta atau satelit, ketik
.
Jika anda tidak berada dalam paparan peta atau satelit, ketik
, kemudian pilih Peta atau Satelit.
Aktifkan Trafik.
Oren menandakan kenderaan perlahan dan merah menandakan trafik berhenti-henti.
Untuk melihat laporan insiden, ketik penanda insiden (tidak tersedia di semua rantau).
Penanda insiden menujukkan maklumat seperti penutupan lorong
, penutupan jalan
, pembinaan jalan
, kemalangan
dan banyak lagi.
Ketahui tentang cuaca
Zum masuk pada peta sehingga ikon cuaca muncul di penjuru kanan bawah; ikon menunjukkan keadaan semasa untuk kawasan itu.
Di sesetengah rantau, indeks kualiti udara juga muncul di penjuru kanan bawah.
Jika anda tidak mahu melihat indeks kualiti udara atau maklumat cuaca dalam Peta, pergi ke Seting > Peta, kemudian nyahaktifkan Indeks Kualiti Udara atau Keadaan Cuaca.
Untuk melihat ramalan setiap jam (pada model dengan 3D touch), tekan ikon cuaca. Tekan kuat sedikit untuk melihat ramalan cuaca 10 hari dalam app Cuaca.
Dapatkan info tentang lokasi
Ketik lokasi untuk memaparkan maklumat asas, kemudian leret ke atas untuk melihat semua maklumat tentangnya, atau ketik untuk menutup paparan info.
Maklumat mungkin termasuk perkara seperti ulasan Yelp, nombor telefon dan pautan halaman web.