Panduan Pengguna iPhone
- Selamat Datang
- Baru dalam iOS 12
-
- Bangunkan dan buka kunci
- Ketahui gerak isyarat asas
- Ketahui gerak isyarat untuk iPhone X dan lebih baru
- Gunakan 3D Touch untuk pratonton dan pintasan
- Terokai skrin Utama dan app
- Tukar seting
- Ambil gambar skrin
- Laraskan kelantangan
- Tukar bunyi dan getaran
- Cari kandungan
- Guna dan sesuaikan Pusat Kawalan
- Lihat dan susun Paparan Hari Ini
- Akses ciri daripada skrin Kunci
- Perjalanan dengan iPhone
- Setkan masa skrin, peruntukan dan had
- Selaraskan iPhone menggunakan iTunes
- Cas dan pantau bateri
- Ketahui makna ikon status
-
- Aksesori yang disertakan dengan iPhone
- Sambungkan peranti Bluetooth
- Strim audio dan video ke peranti lain
- Kawal audio pada berbilang peranti
- AirPrint
- Gunakan Apple EarPods
- Apple Watch
- Gunakan Magic Keyboard
- Pengecasan wayarles
- Handoff
- Gunakan Papan Klip Universal
- Buat dan terima panggilan Wi-Fi
- Gunakan iPhone sebagai hotspot Wi-Fi
- Kongsi sambungan Internet iPhone anda
- Pindahkan fail dengan iTunes
-
-
- Bermula dengan ciri kebolehcapaian
- Pintasan Kebolehcapaian
-
-
- Aktifkan dan berlatih menggunakan VoiceOver
- Tukar seting VoiceOver anda
- Pelajari gerak isyarat VoiceOver
- Kendalikan iPhone menggunakan gerak isyarat VoiceOver
- Kawal VoiceOver menggunakan rotor
- Gunakan papan kekunci atas skrin
- Tulis dengan jari anda
- Kawal VoiceOver dengan Magic Keyboard
- Taipkan braille atas skrin menggunakan VoiceOver
- Gunakan paparan braille
- Gunakan VoiceOver dalam app
- Sebut pilihan, sebut skrin, maklum balas penaipan
- Zum masuk pada skrin
- Kanta Pembesar
- Seting paparan
- Face ID dan perhatian
-
- Akses Dibantu
-
- Maklumat keselamatan penting
- Maklumat pengendalian penting
- Dapatkan maklumat tentang iPhone anda
- Lihat atau tukar seting selular
- Ketahui lanjut tentang perisian dan perkhidmatan iPhone
- Pernyataan pematuhan FCC
- Pernyataan pematuhan ISED Kanada
- Maklumat Laser Kelas 1
- Apple dan persekitaran
- Maklumat pembuangan dan kitar semula
- Hak Cipta
Sediakan Kawalan Suis pada iPhone
Jika anda menghadapi masalah motor, anda boleh menggunakan Kawalan Suis untuk mengendalikan iPhone menggunakan satu atau lebih suis. Dengan suis, anda boleh pilih, ketik, seret, taip, malahan lukisan gaya bebas. Anda menggunakan suis untuk memilih item atau lokasi pada skrin, kemudian gunakan suis yang sama (atau berbeza) untuk memilih tindakan.
Tambah suis
Anda boleh memilih mana-mana daripada sumber berikut sebagai suis:
Suis adaptif luaran: Pilih suis Bluetooth atau suis Made For iPhone (MFi) yang dipasang ke penyambung Lightning pada iPhone.
Skrin iPhone: Ketik pada skrin untuk mencetuskan suis.
Kamera menghadap depan iPhone: Gerakkan kepala anda ke kiri atau kanan sementara menghadap kamera untuk mencetuskan suis.
Sebelum anda menambah suis luaran, sambungnya ke iPhone, ikuti arahan yang datang dengan suis tersebut. Jika suis disambungkan menggunakan Bluetooth, sambungkanya dengan iPhone—aktifkan suis, pergi ke Seting > Bluetooth, ketik suis, kemudian ikuti arahan atas skrin. Lihat Sambungkan peranti Bluetooth ke iPhone.
Pergi ke Seting > Umum > Kebolehcapaian > Kawalan Suis > Suis.
Ketik Tambah Suis Baru, kemudian pilih sumber.
Tetapkan tindakan kepada suis.
Untuk memastikan Kawalan Suis berfungsi dengan betul, anda mesti menetapkan tindakan Pilih Item kepada sekurang-kurangnya satu suis.
Pilih gaya imbasan dan sesuaikan Kawalan Suis
Anda boleh melaraskan kelakuan Kawalan Suis melalui berbilang cara, agar sesuai dengan keperluan dan gaya khusus anda.
Pergi ke Seting > Umum > Kebolehcapaian > Kawalan Suis.
Ketik Gaya Imbasan, kemudian pilih satu daripada berikut:
Imbasan Auto: Fokus beralih ke item seterusnya secara automatik selepas tempoh ditetapkan.
Imbasan Manual: Anda mencetuskan suis untuk memindahkan fokus ke item seterusnya (memerlukan berbilang suis).
Imbasan Langkah Suis Tunggal: Anda mencetus suis untuk memindahkan fokus ke item seterusnya; jika tiada tindakan diambil dalam tempoh yang ditetapkan, item dengan fokus diaktifkan secara automatik.
Sesuaikan Kawalan Suis dalam cara berikut:
Tambah suis dan tentukan fungsinya.
Cipta, edit dan pilih resipi untuk menetapkan tindakan istimewa kepada suis buat sementara waktu.
Laraskan kelajuan pengimbasan.
Setkan pengimbasan untuk menjeda pada item pertama dalam kumpulan.
Pilih bilangan kali untuk mengitar menerusi skrin sebelum menyembunyikan Kawalan Suis.
Pilih kelakuan ketik dan setkan selang untuk melaksanakan tindakan suis kedua untuk menunjukkan Menu Pengimbas.
Pilih sama ada Kawalan Suis meneruskan mengimbas pada item yang anda ketik atau dari mula.
Setkan sama ada tindakan pergerakan diulang apabila anda menekan dan menahan suis dan tempoh masa menunggu sebelum mengulanginya.
Tetapkan tindakan lain kepada suis dengan menekan dan menahan suis untuk tempoh yang lama.
Pilih tindakan yang ditunjukkan dalam Menu Pengimbas dan dalam tertib kemunculannya.
Setkan sama ada anda perlu menahan suis ke bawah dan berapa lama sebelum ia diterima sebagai tindakan suis.
Abaikan cetusan suis berulang secara tidak sengaja.
Laraskan gaya dan kelajuan pengimbasan titik.
Aktifkan kesan bunyi.
Sebutkan item semasa ia sedang diimbas.
Kumpulkan item untuk pengimbasan lebih cepat.
Jadikan kursor pemilihan besar atau dalam warna berlainan.
Cipta dan simpan gerak isyarat tersuai ke Menu Pengimbas.
Aktifkan atau nyahaktifkan Kawalan Suis
Penting: Kawalan Suis menukar gerak isyarat yang anda gunakan untuk mengawal iPhone.
Untuk mengaktifkan atau menyahaktifkan Kawalan Suis, gunakan mana-mana daripada kaedah berikut:
Pergi ke Seting > Umum > Kebolehcapaian > Kawalan Suis, kemudian aktifkan atau nyahaktifkan seting.
Klik butang sisi tiga kali (iPhone X dan lebih baru).
Klik tiga kali butang Utama (model lain).