Panduan Pengguna iPhone
- Selamat Datang
- Baru dalam iOS 12
-
- Bangunkan dan buka kunci
- Ketahui gerak isyarat asas
- Ketahui gerak isyarat untuk iPhone X dan lebih baru
- Gunakan 3D Touch untuk pratonton dan pintasan
- Terokai skrin Utama dan app
- Tukar seting
- Ambil gambar skrin
- Laraskan kelantangan
- Tukar bunyi dan getaran
- Cari kandungan
- Guna dan sesuaikan Pusat Kawalan
- Lihat dan susun Paparan Hari Ini
- Akses ciri daripada skrin Kunci
- Perjalanan dengan iPhone
- Setkan masa skrin, peruntukan dan had
- Selaraskan iPhone menggunakan iTunes
- Cas dan pantau bateri
- Ketahui makna ikon status
-
- Aksesori yang disertakan dengan iPhone
- Sambungkan peranti Bluetooth
- Strim audio dan video ke peranti lain
- Kawal audio pada berbilang peranti
- AirPrint
- Gunakan Apple EarPods
- Apple Watch
- Gunakan Magic Keyboard
- Pengecasan wayarles
- Handoff
- Gunakan Papan Klip Universal
- Buat dan terima panggilan Wi-Fi
- Gunakan iPhone sebagai hotspot Wi-Fi
- Kongsi sambungan Internet iPhone anda
- Pindahkan fail dengan iTunes
-
-
- Bermula dengan ciri kebolehcapaian
- Pintasan Kebolehcapaian
-
-
- Aktifkan dan berlatih menggunakan VoiceOver
- Tukar seting VoiceOver anda
- Pelajari gerak isyarat VoiceOver
- Kendalikan iPhone menggunakan gerak isyarat VoiceOver
- Kawal VoiceOver menggunakan rotor
- Gunakan papan kekunci atas skrin
- Tulis dengan jari anda
- Kawal VoiceOver dengan Magic Keyboard
- Taipkan braille atas skrin menggunakan VoiceOver
- Gunakan paparan braille
- Gunakan VoiceOver dalam app
- Sebut pilihan, sebut skrin, maklum balas penaipan
- Zum masuk pada skrin
- Kanta Pembesar
- Seting paparan
- Face ID dan perhatian
-
- Akses Dibantu
-
- Maklumat keselamatan penting
- Maklumat pengendalian penting
- Dapatkan maklumat tentang iPhone anda
- Lihat atau tukar seting selular
- Ketahui lanjut tentang perisian dan perkhidmatan iPhone
- Pernyataan pematuhan FCC
- Pernyataan pematuhan ISED Kanada
- Maklumat Laser Kelas 1
- Apple dan persekitaran
- Maklumat pembuangan dan kitar semula
- Hak Cipta
Buat panggilan pada iPhone
Untuk memulakan panggilan dalam app Telefon , dail nombor pada pad kekunci, ketik panggilan kegemaran atau terbaru, atau pilih nombor dalam senarai Kenalan.
Dail secara manual
Ketik Pad Kekunci.
Lakukan mana-mana daripada berikut:
Gunakan talian berbeza: Pada model dengan Dwi SIM, ketik talian di bahagian atas, kemudian pilih talian.
Masukkan nombor menggunakan pad kekunci: Jika anda membuat kesilapan, ketik .
Dail semula nombor terakhir: Ketik untuk melihat nombor terakhir yang anda dail, kemudian ketik untuk memanggil nombor itu.
Tampal nombor yang anda telah salin: Ketik medan nombor telefon di bahagian atas pad kekunci, kemudian ketik Tampal.
Masukkan jeda lembut (2 saat) Sentuh dan tahan kekunci bintang (*) sehingga koma muncul.
Masukkan jeda keras (untuk menjedakan panggilan sehingga anda mengetik butang Dail): Tekan dan tahan kekunci “#” sehingga koma bertitik muncul.
Masukkan “+” untuk panggilan antarabangsa: Tekan dan tahan kekunci “0” sehingga “+” muncul.
Ketik untuk memulakan panggilan.
Untuk menamatkan panggilan, ketik .
Panggil kegemaran anda
Ketik Kegemaran, kemudian ketik satu untuk membuat panggilan.
Pada model dengan Dwi SIM, iPhone memilih talian untuk panggilan dalam tertib berikut:
Talian diutamakan untuk kenalan ini (jika disetkan)
Talian digunakan untuk panggilan terakhir atau daripada kenalan ini
Talian suara lalai
Untuk menguruskan senarai Kegemaran anda, lakukan mana-mana yang berikut:
Tambah kegemaran: Ketik , kemudian pilih kenalan.
Susun semula atau padamkan kegemaran: Ketik Edit.
Hubungi semula panggilan terbaru
Minta Siri. Sebutkan sesuatu seperti: “Balas panggilan terakhir saya.” Ketahui cara meminta Siri.
Anda juga boleh melakukan yang berikut:
Ketik Terbaru, kemudian ketik satu untuk membuat panggilan.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang panggilan dan pemanggil, ketik .
Lencana merah menunjukkan bilangan panggilan tidak dijawab.
Panggil seseorang pada senarai Kenalan anda
Dalam app Telefon, ketik Kenalan.
Ketik kenalan, kemudian ketik nombor telefon yang anda mahu panggil.
Pada model dengan Dwi SIM, talian suara lalai digunakan untuk panggilan kecuali anda mengesetkan talian diutamakan untuk kenalan ini.
Buat panggilan dengan Siri atau Kawalan Suara
Panggil Siri atau tunjukkan skrin Kawalan Suara, kemudian lakukan satu daripada berikut:
Dail nombor dengan suara anda: Sebut “panggil” atau “dail” diikuti oleh nombor. Sebutkan lima digit secara berasingan—sebagai contoh, “empat satu lima, lima lima lima….” Untuk kod kawasan 800 di A.S., anda boleh menyebut “lapan ratus.”
Panggil seseorang dalam senarai Kenalan anda: Sebut “panggil” atau “dail” diikuti oleh nama. Anda boleh menambah “di rumah,” “kerja,” atau “bimbit.” Sebutkan sesuatu seperti: “Hubungi telefon bimbit Eliza.”
Panggil nombor terakhir yang anda dail: Sebutkan sesuatu seperti: “Dail semula nombor terakhir.”
Tukar seting panggilan keluar anda
Pergi ke Seting > Telefon.
Lakukan mana-mana daripada berikut:
Aktifkan Tunjukkan ID Pemanggil Saya: (GSM) Nombor telefon anda ditunjukkan dalam Nombor Saya. Untuk panggilan FaceTime, nombor telefon anda dipaparkan walaupun ID pemanggil dinyahaktifkan.
Aktifkan Bantuan Pendailan untuk panggilan antarabangsa: (GSM) Apabila Bantuan Pendailan diaktifkan, iPhone menambah prefiks antarabangsa atau setempat yang betul secara automatik apabila anda memanggil kenalan dan kegemaran anda.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang cara membuat panggilan (termasuk kadar dan caj lain yang mungkin dikenakan), hubungi pembawa anda.
AMARAN: Untuk maklumat penting tentang mengelak gangguan yang boleh membawa kepada situasi berbahaya, lihat Maklumat keselamatan penting untuk iPhone.