Ketahui makna ikon status iPhone
Ikon dalam bar status di bahagian atas skrin membekalkan maklumat tentang iPhone. Pada iPhone X dan lebih baru, terdapat ikon status tambahan di bahagian atas Pusat Kawalan.
![]() | Isyarat sel Bilangan bar menunjukkan kekuatan isyarat perkhidmatan selular anda. Jika tiada isyarat, “Tiada Servis” akan muncul. | ||||||||||
![]() | Isyarat sel dwi Pada model dengan Dwi SIM, baris lebih atas bar menunjukkan kekuatan isyarat talian yang anda gunakan untuk data selular. Baris lebih bawah bar menunjukkan kekuatan isyarat talian lain anda. Jika tiada isyarat, “Tiada Servis” akan muncul. Untuk melihat ikon status dengan label pelan selular dan nama pembawa sepadannya, buka Pusat Kawalan. | ||||||||||
![]() | Mod Pesawat Mod Pesawat diaktifkan—anda tidak boleh membuat panggilan telefon dan fungsi wayarles lain mungkin dinyahdayakan. Lihat Pilih seting iPhone untuk mengembara. | ||||||||||
![]() | LTE Rangkaian LTE pembawa anda tersedia dan iPhone boleh bersambung ke Internet melalui rangkaian tersebut (tidak tersedia di semua rantau). Lihat Lihat atau tukar seting selular pada iPhone. | ||||||||||
![]() | 5G E Rangkaian 5G E pembawa anda tersedia dan iPhone boleh bersambung ke Internet melalui rangkaian tersebut (disokong pada iPhone 8 dan lebih baru; tidak tersedia di semua rantau). Lihat Lihat atau tukar seting selular pada iPhone. | ||||||||||
![]() | UMTS Rangkaian 4G UMTS (GSM) atau LTE pembawa anda (bergantung pada pembawa) tersedia dan iPhone boleh bersambung ke Internet melalui rangkaian tersebut (tidak tersedia di semua rantau). Lihat Lihat atau tukar seting selular pada iPhone. | ||||||||||
![]() | UMTS/EV-DO Rangkaian 3G UMTS (GSM) atau EV-DO (CDMA) pembawa anda tersedia dan iPhone boleh bersambung ke Internet melalui rangkaian tersebut. Lihat Lihat atau tukar seting selular pada iPhone. | ||||||||||
![]() | EDGE Rangkaian EDGE (GSM) pembawa anda tersedia dan iPhone boleh bersambung ke Internet melalui rangkaian tersebut. Lihat Lihat atau tukar seting selular pada iPhone. | ||||||||||
![]() | GPRS/1xRTT Rangkaian GPRS (GSM) atau 1xRTT (CDMA) pembawa anda tersedia dan iPhone boleh bersambung ke Internet melalui rangkaian tersebut. Lihat Lihat atau tukar seting selular pada iPhone. | ||||||||||
![]() | Panggilan Wi-Fi iPhone diset untuk panggilan Wi-Fi. iPhone juga memaparkan nama pembawa bersebelahan ikon. Lihat Buat panggilan pada iPhone. | ||||||||||
![]() | Wi-Fi iPhone disambungkan ke Internet melalui rangkaian Wi-Fi. Lihat Sambungkan iPhone ke rangkaian Wi-Fi. | ||||||||||
![]() | Hotspot Peribadi iPhone menyediakan Hotspot Peribadi untuk peranti lain. Lihat Kongsi sambungan Internet iPhone anda. | ||||||||||
![]() | Penyelarasan iPhone sedang diselaraskan dengan iTunes. Lihat Selaraskan iPhone menggunakan iTunes pada komputer anda. | ||||||||||
![]() | Aktiviti rangkaian Menunjukkan bahawa terdapat aktiviti rangkaian. Beberapa app pihak ketiga juga mungkin menggunakannya untuk menunjukkan proses aktif. | ||||||||||
![]() | Pemajuan Panggilan Pemajuan Panggilan disediakan. Lihat Sediakan pemajuan panggilan atau panggilan menunggu (GSM). | ||||||||||
![]() | VPN Anda bersambung kepada rangkaian menggunakan VPN. Lihat Gunakan VPN pada iPhone. | ||||||||||
![]() | TTY RTT / TTY Perisian atau TTY Perkakasan diaktifkan. Lihat Sediakan dan gunakan TTY atau RTT pada iPhone. | ||||||||||
![]() | Kunci iPhone dikunci. Lihat Akses ciri daripada skrin Kunci iPhone. | ||||||||||
![]() | Jangan Ganggu Jangan Ganggu diaktifkan. Lihat Setkan Jangan Ganggu pada iPhone. | ||||||||||
![]() | Kunci orientasi potret Skrin iPhone dikunci dalam orientasi potret. Lihat Tukar atau kunci orientasi skrin pada iPhone. | ||||||||||
![]() | Perkhidmatan Lokasi Item sedang menggunakan Perkhidmatan Lokasi. Lihat Setkan app yang mengetahui lokasi anda pada iPhone. | ||||||||||
![]() | Penggera Penggera disetkan. Lihat Setkan penggera atau jadual waktu tidur pada iPhone. | ||||||||||
![]() | Fon kepala disambung iPhone dipasangkan dengan fon kepala Bluetooth yang diaktifkan dan dalam linkungan Bluetooth. Lihat Sambungkan peranti Bluetooth ke iPhone. | ||||||||||
![]() | Bateri Bluetooth Menunjukkan paras bateri peranti Bluetooth yang dipasangkan. | ||||||||||
![]() | Bateri Menunjukkan paras bateri iPhone atau status pengecasan. Apabila ikon berwarna kuning, Mod Kuasa Rendah diaktifkan. Lihat Cas dan pantau bateri iPhone. |