Panduan Pengguna iPhone
- Selamat Datang
- Baru dalam iOS 12
-
- Bangunkan dan buka kunci
- Ketahui gerak isyarat asas
- Ketahui gerak isyarat untuk iPhone X dan lebih baru
- Gunakan 3D Touch untuk pratonton dan pintasan
- Terokai skrin Utama dan app
- Tukar seting
- Ambil gambar skrin
- Laraskan kelantangan
- Tukar bunyi dan getaran
- Cari kandungan
- Guna dan sesuaikan Pusat Kawalan
- Lihat dan susun Paparan Hari Ini
- Akses ciri daripada skrin Kunci
- Perjalanan dengan iPhone
- Setkan masa skrin, peruntukan dan had
- Selaraskan iPhone menggunakan iTunes
- Cas dan pantau bateri
- Ketahui makna ikon status
-
- Aksesori yang disertakan dengan iPhone
- Sambungkan peranti Bluetooth
- Strim audio dan video ke peranti lain
- Kawal audio pada berbilang peranti
- AirPrint
- Gunakan Apple EarPods
- Apple Watch
- Gunakan Magic Keyboard
- Pengecasan wayarles
- Handoff
- Gunakan Papan Klip Universal
- Buat dan terima panggilan Wi-Fi
- Gunakan iPhone sebagai hotspot Wi-Fi
- Kongsi sambungan Internet iPhone anda
- Pindahkan fail dengan iTunes
-
-
- Bermula dengan ciri kebolehcapaian
- Pintasan Kebolehcapaian
-
-
- Aktifkan dan berlatih menggunakan VoiceOver
- Tukar seting VoiceOver anda
- Pelajari gerak isyarat VoiceOver
- Kendalikan iPhone menggunakan gerak isyarat VoiceOver
- Kawal VoiceOver menggunakan rotor
- Gunakan papan kekunci atas skrin
- Tulis dengan jari anda
- Kawal VoiceOver dengan Magic Keyboard
- Taipkan braille atas skrin menggunakan VoiceOver
- Gunakan paparan braille
- Gunakan VoiceOver dalam app
- Sebut pilihan, sebut skrin, maklum balas penaipan
- Zum masuk pada skrin
- Kanta Pembesar
- Seting paparan
- Face ID dan perhatian
-
- Akses Dibantu
-
- Maklumat keselamatan penting
- Maklumat pengendalian penting
- Dapatkan maklumat tentang iPhone anda
- Lihat atau tukar seting selular
- Ketahui lanjut tentang perisian dan perkhidmatan iPhone
- Pernyataan pematuhan FCC
- Pernyataan pematuhan ISED Kanada
- Maklumat Laser Kelas 1
- Apple dan persekitaran
- Maklumat pembuangan dan kitar semula
- Hak Cipta
Sediakan iMessage dan SMS/MMS pada iPhone
Dalam app Mesej , anda boleh berbalas mesej teks menggunakan SMS dan MMS melalui perkhidmatan selular anda pada iPhone, serta dengan peranti iOS dan komputer Mac lain menggunakan iMessage.
iMessage ialah perkhidmatan Apple yang menghantar mesej melalui Wi-Fi atau sambungan selular ke peranti iOS (dengan iOS 5 atau lebih baru) dan komputer Mac (dengan OS X 10.8 atau lebih baru) yang lain Mesej ini tidak dikira terhadap pelan mesej anda. Mesej dihantar melalui iMessage boleh menyertakan foto, video dan info lain. Anda boleh melihat apabila orang lain menaip dan boleh menghantar resit dibaca untuk memberitahu mereka masa anda membaca mesej mereka. Untuk keselamatan, mesej dihantar melalui iMessage disulitkan sebelum dihantar.
Teks iMessage muncul dalam gelembung biru dan teks SMS/MMS muncul dalam gelembung hijau. Lihat artikel Sokongan Apple Gunakan Mesej pada iPhone, iPad atau iPod touch anda.
Daftar masuk ke iMessage
Pergi ke Seting > Mesej.
Aktifkan iMessage.
Pada model dengan Dwi SIM, ketik Talian iMessage & FaceTime, kemudian pilih talian.
Anda boleh mendaftarkan hanya satu daripada nombor telefon anda untuk iMessage dan FaceTime. Nombor lain anda tidak boleh menghantar atau menerima mesej menggunakan iMessage, atau membuat atau menerima panggilan FaceTime. Lihat juga Uruskan pelan selular anda.
Daftar masuk ke iMessage pada Mac dan peranti Apple lain anda menggunakan Apple ID yang sama
Jika anda mendaftar masuk ke iMessage menggunakan Apple ID yang sama pada semua peranti anda, semua mesej yang anda hantar dan terima pada iPhone juga muncul pada peranti Apple lain anda. Hantar mesej daripada peranti yang paling dekat dengan anda, atau gunakan Handoff untuk memulakan perbualan pada satu peranti dan menyambungnya pada peranti lain.
Pada setiap peranti iOS, pergi ke Seting > Mesej, kemudian aktifkan iMessage.
Pada Mac anda, buka Mesej, kemudian lakukan satu daripada yang berikut:
Jika anda mendaftar masuk buat kali pertama, masukkan Apple ID dan kata laluan anda, kemudian klik Daftar Masuk.
Jika anda telah mendaftar masuk sebelum ini dan mahu menggunakan Apple ID yang berbeza, pilih Mesej > Keutamaan, klik Akaun, kemudian pilih iMessage dalam senarai Akaun.
Dengan Kesinambungan, semua mesej SMS/MMS anda hantar dan terima pada iPhone juga muncul pada peranti iOS dan Mac anda yang lain. Lihat artikel Sokongan Apple Gunakan Kesinambungan untuk bersambung ke Mac, iPhone, iPad, iPod touch dan Apple Watch anda.
Gunakan Mesej dalam iCloud
Pergi ke Seting > [nama anda] > iCloud, kemudian aktifkan Mesej (jika ia belum diaktifkan).
Setiap mesej yang anda hantar dan terima pada iPhone anda disimpan dalam iCloud. Serta, apabila anda mendaftar masuk ke iCloud pada peranti baru yang juga mempunyai Mesej dalam iCloud diaktifkan, semua perbualan anda muncul di sana secara automatik. Disebabkan mesej anda dan sebarang lampiran disimpan dalam iCloud, anda mungkin mempunyai lebih ruang kosong pada iPhone anda apabila anda memerlukannya. Gelembung mesej, seluruh perbualan dan lampiran yang anda padam daripada iPhone juga dipadamkan daripada peranti Apple anda yang lain (iOS 11.4 atau lebih baru dan macOS High Sierra 10.13.5 atau lebih baru) apabila Mesej dalam iCloud diaktifkan. Lihat artikel Sokongan Apple Simpan semua mesej anda dalam iCloud.
Nota: Mesej dalam iCloud menggunakan storan iCloud. Lihat Uruskan seting Apple ID dan iCloud pada iPhone untuk mendapatkan maklumat tentang storan iCloud.