Buat dan jawab panggilan FaceTime pada iPhone
Dalam app FaceTime , buat panggilan video atau audio kepada rakan dan keluarga, sama ada mereka menggunakan peranti iOS atau Mac. Dengan kamera menghadap depan, anda boleh bercakap secara bersemuka; bertukar ke kamera belakang untuk berkongsi apa yang anda lihat di sekeliling anda. Untuk menangkap detik perbualan anda, ambil Live Photo.
Nota: FaceTime, atau sesetengah ciri FaceTime, mungkin tidak tersedia di semua rantau.

Sediakan FaceTime
Pergi ke Seting
> FaceTime, kemudian aktifkan FaceTime.
Jika anda mahu mengambil Live Photos semasa panggilan FaceTime, aktifkan Live Photos FaceTime.
Masukkan nombor telefon anda, Apple ID, atau alamat e-mel untuk digunakan dengan FaceTime, kemudian setkan ID pemanggil anda.
Pada model dengan Dwi SIM, untuk menukar nombor telefon yang anda gunakan untuk FaceTime, pergi ke Seting > Mesej > Talian iMessage & FaceTime, kemudian pilih talian.
Anda boleh menggunakan hanya satu daripada nombor telefon anda untuk iMessage dan FaceTime. Nombor lain anda tidak boleh menghantar atau menerima mesej menggunakan iMessage, atau membuat atau menerima panggilan FaceTime. Lihat juga Uruskan pelan selular anda.
Buat panggilan FaceTime
Dengan sambungan Wi-Fi dan Apple ID, anda boleh membuat dan menerima panggilan FaceTime (daftar masuk menggunakan Apple ID anda terlebih dahulu atau cipta Apple ID, jika anda tidak mempunyainya). Lihat Uruskan seting Apple ID dan iCloud pada iPhone.
Anda juga boleh membuat panggilan FaceTime melalui sambungan data selular, yang mungkin dikenakan caj tambahan. Untuk menyahaktifkan ciri ini, pergi ke Seting > Selular, kemudian nyahaktifkan FaceTime. Lihat Lihat atau tukar seting selular pada iPhone.
Minta Siri. Sebutkan sesuatu seperti: "Buat panggilan FaceTime." Ketahui cara meminta Siri.
Dalam FaceTime, ketik
di bahagian kanan atas.
Taip nama atau nombor yang anda mahu panggil dalam medan entri di bahagian atas, kemudian ketik Video
untuk membuat panggilan video atau ketik Audio
untuk membuat panggilan audio FaceTime.
Anda juga boleh mengetik
untuk membuka Kenalan dan mulakan panggilan anda dari sana.
Petua: Pada model dengan 3D Touch, tekan kenalan dalam senarai panggilan FaceTime anda untuk memanggil atau menghantar mesej dengan cepat.
Untuk memanggil berbilang orang, lihat Buat panggilan FaceTime Kumpulan pada iPhone.
Tinggalkan mesej
Jika tiada orang menjawab panggilan FaceTime anda, lakukan satu daripada berikut:
Ketik Tinggalkan Mesej.
Ketik Batal untuk membatalkan panggilan.
Ketik Panggil Balik untuk cuba memanggil balik.
Mulakan panggilan FaceTime daripada perbualan Mesej
Dalam perbualan Mesej, anda boleh memulakan panggilan FaceTime dengan orang yang anda berbual bersama.
Dalam perbualan Mesej, ketik gambar profil,
atau nama di bahagian atas perbualan.
Ketik FaceTime.
Panggil lagi
Dalam sejarah panggilan anda, ketik nama atau nombor.
Ketik untuk membuka nama atau nombor dalam Kenalan.
Terima panggilan FaceTime
Apabila panggilan FaceTime masuk, ketik mana-mana yang berikut:
Terima: Jawab panggilan.
Tolak: Tolak panggilan.
Ingatkan Saya: Setkan peringatan untuk panggil balik.
Mesej: Hantar mesej teks kepada pemanggil.

Jika anda dalam panggilan lain apabila panggilan FaceTime masuk, anda boleh mengetik Tamat & Terima atau Tahan & Terima.