Selaraskan iPhone menggunakan iTunes pada komputer anda
Dengan iTunes pada komputer, anda boleh menyelaraskan muzik anda, filem, rancangan TV, foto dan banyak lagi. Selepas anda menyelaras, kandungan pada iPhone anda sepadan dengan kandungan dalam Pustaka iTunes anda pada komputer anda.
Untuk memastikan iPhone anda terkini, anda boleh menggunakan iCloud atau iTunes atau kedua-duanya bergantung pada keperluan anda. Contohnya, anda boleh menggunakan iCloud untuk memastikan kenalan, kalendar, e-mel, mesej anda dan banyak lagi dikemas kini secara automatik merentas semua peranti anda dan menggunakan iTunes untuk menyelaras muzik daripada komputer anda ke iPhone. Lihat Uruskan seting Apple ID dan iCloud pada iPhone untuk mendapatkan maklumat tentang menggunakan iCloud bagi menyimpan data dan kandungan anda dengan selamat.
Nota: Jika anda menggunakan iCloud untuk ciri seperti muzik, foto, kalendar dan kenalan, anda tidak boleh menggunakan iTunes untuk menyelaraskan media dan data berkaitan.
Sambungkan iPhone ke komputer anda menggunakan USB
Pastikan anda mempunyai satu daripada berikut:
Mac dengan port USB dan OS X 10.9 atau lebih baru
PC dengan port USB dan Windows 7 atau lebih baru
Sambungkan iPhone ke komputer anda menggunakan kabel Lightning ke USB yang disertakan. Jika komputer anda mempunyai port USB-C, gunakan Kabel USB-C ke Lightning atau Penyesuai USB-C ke USB (dijual berasingan).
Selaraskan kandungan iPhone anda menggunakan iTunes
Untuk selaras, komputer anda mesti mempunyai versi terkini iTunes.
Pada komputer anda, buka iTunes, kemudian klik butang iPhone.
Pilih jenis kandungan yang anda mahu selaraskan.
Klik butang Guna di penjuru kanan bawah skrin untuk menyimpan seting penyelarasan anda; jika penyelarasan tidak bermula secara automatik, klik butang Selaras.
Selepas anda mengaktifkan penyelarasan, kandungan anda menyelaras setiap kali anda menyambungkan iPhone anda ke komputer dan membuka iTunes.
Melainkan iPhone menyelaras secara aktif dengan komputer, anda boleh putuskan sambungan pada bila-bila masa. Lihat di bahagian atas skrin iTunes pada komputer anda, atau pada iPhone untuk melihat jika penyelarasan sedang berlaku. Jika anda putuskan sambungan iPhone semasa ia diselaraskan, sesetengah data mungkin tidak diselaraskan sehingga kali seterusnya anda sambungkan iPhone ke komputer anda.