Jemput orang lain membuka fail pada iCloud Drive pada iPhone
Apabila anda menggunakan iCloud Drive dalam app Fail , anda boleh menjemput orang lain melihat dan mengedit fail dengan menghantarkan pautan kepada mereka.
Fail yang dikongsi dalam iCloud Drive mempunyai ciri-ciri penting ini:
Pautan ke fail dikongsi termasuk nama fail mereka; jika nama atau kandungan fail adalah sulit, pastikan untuk meminta penerima agar tidak memajukan pautan kepada orang lain.
Jika anda memindahkan fail dikongsi ke folder atau lokasi lain, pautan kepadanya tidak lagi berfungsi dan orang akan kehilangan akses kepada fail.
Apabila fail dikongsi adalah boleh diedit, perubahan semua orang dikemas kini secara automatik. Bergantung pada app, pengguna mungkin perlu membuka semula fail atau mengetik pautan asal untuk melihat perubahan terbaru.
Untuk mendapatkan maklumat tentang menyediakan iCloud Drive, lihat Gunakan iCloud Drive pada iPhone. Untuk mendapatkan maklumat tentang melihat dan menyusun fail dalam iCloud Drive, lihat Lihat fail dan folder dalam Fail pada iPhone dan Susun fail dalam folder pada iPhone.
Jemput orang dengan Apple ID untuk mengedit fail
Jika anda memiliki fail, anda boleh membenarkan orang yang mempunyai Apple ID membuka, melihat dan mengedit fail dalam iCloud Drive.
Sentuh dan tahan fail.
Ketik Kongsi, kemudian ketik
.
Pilih kaedah untuk menghantar pautan ke fail.
Masukkan sebarang maklumat lain yang diminta, kemudian hantar atau siarkan jemputan.
Untuk membuka fail, orang yang anda jemput mestilah mendaftar masuk ke iCloud dengan Apple ID.
Jemput sesiapa sahaja untuk membuka fail
Jika anda memiliki fail dalam iCloud Drive, anda boleh berkongsi fail dalam iCloud Drive bersama orang lain—termasuk orang yang tidak mempunyai Apple ID.
Sentuh dan tahan fail.
Ketik Kongsi, kemudian ketik
.
Ketik Pilihan Berkongsi.
Ketik “Sesiapa dengan pautan”.
Seting ini membenarkan orang dengan pautan membuka fail. Tiada sesiapa diperlukan untuk mendaftar masuk ke iCloud.
Untuk mengehadkan orang daripada mengedit fail, ketik “Lihat sahaja”. Untuk membenarkan semua orang mengedit fail, ketik “Boleh membuat perubahan”.
Ketik Tambah Orang (di bahagian atas skrin).
Pilih kaedah untuk menghantar pautan kepada fail, masukkan sebarang maklumat lain yang diminta, kemudian hantar atau siarkan jemputan.
Jemput lebih ramai orang untuk melihat atau mengedit fail
Jika anda sudah berkongsi fail dalam iCloud Drive dan akses fail hanya disetkan ke “Hanya orang dijemput”, anda boleh menjemput lebih ramai orang untuk berkongsi fail.
Sentuh dan tahan fail.
Ketik Kongsi, kemudian ketik
.
Ketik Tambah Orang.
Pilih kaedah untuk menghantar pautan ke fail.
Masukkan sebarang maklumat lain yang diminta, kemudian hantar atau siarkan jemputan.
Tukar seting akses dan keizinan untuk fail
Jika anda pemilik fail dikongsi dalam iCloud Drive, anda boleh menukar akses fail pada bila-bila masa. Namun, semua orang yang anda berkongsi pautan akan terjejas.
Sentuh dan tahan fail.
Ketik Kongsi, kemudian ketik Pilihan Perkongsian.
Lakukan mana-mana daripada berikut:
Tukar akses: Jika anda menukar seting daripada “Sesiapa dengan pautan” kepada “Hanya orang dijemput”, pautan asal tidak lagi berfungsi untuk sesiapa sahaja dan hanya orang yang menerima jemputan daripada anda boleh membuka fail. Mereka mesti mendaftar masuk ke iCloud dengan Apple ID.
Tukar keizinan: Pilih seting keizinan yang anda mahukan. Apabila anda menukar seting keizinan, sesiapa yang membuka fail semasa anda menukar keizinan akan melihat isyarat. Seting baru memberi kesan apabila mereka menutup isyarat.
Tukar keizinan fail atau keluarkan akses untuk seorang peserta
Jika anda adalah pemilik fail dikongsi dalam iCloud Drive dan akses fail hanya disetkan ke “Hanya orang dijemput”, anda boleh menukar keizinan fail untuk seorang individu tanpa menjejaskan keizinan orang lain. Anda juga boleh mengeluarkan akses individu ke fail.
Sentuh dan tahan fail.
Ketik Kongsi, kemudian ketik
.
Ketik nama orang, kemudian pilih pilihan.
Berhenti berkongsi fail
Jika anda pemilik fail dikongsi dalam iCloud Drive, anda boleh berhenti berkongsinya.
Sentuh dan tahan fail.
Ketik Kongsi, kemudian ketik
.
Ketik Henti Berkongsi.
Sesiapa yang membuka fail semasa anda berhenti berkongsi akan melihat isyarat. Fail ditutup apabila isyarat ditutup, fail dikeluarkan daripada iCloud Drive peserta dan pautan ke fail tidak lagi berfungsi. Jika anda berkongsi fail lagi kemudiannya dan setkan akses ke “Sesiapa dengan pautan”, pautan asal berfungsi. Jika akses disetkan kepada “Hanya orang dijemput”, pautan asal berfungsi lagi untuk orang yang anda jemput semula untuk berkongsi fail.
Hantar pautan kepada lebih ramai orang
Jika akses ke fail dalam iCloud Drive disetkan kepada “Sesiapa dengan pautan”, anda boleh memberikan orang baru akses kepada fail dengan menghantarkan pautan fail kepada mereka.
Sentuh dan tahan fail.
Ketik Kongsi, ketik
, kemudian ketik Hantar Pautan.
Pilih kaedah untuk menghantar pautan, masukkan sebarang maklumat lain yang diminta, kemudian hantar atau siarkan jemputan.