Panduan Pengguna iPhone
- Selamat Datang
- Baru dalam iOS 12
-
- Bangunkan dan buka kunci
- Ketahui gerak isyarat asas
- Ketahui gerak isyarat untuk iPhone X dan lebih baru
- Gunakan 3D Touch untuk pratonton dan pintasan
- Terokai skrin Utama dan app
- Tukar seting
- Ambil gambar skrin
- Laraskan kelantangan
- Tukar bunyi dan getaran
- Cari kandungan
- Guna dan sesuaikan Pusat Kawalan
- Lihat dan susun Paparan Hari Ini
- Akses ciri daripada skrin Kunci
- Perjalanan dengan iPhone
- Setkan masa skrin, peruntukan dan had
- Selaraskan iPhone menggunakan iTunes
- Cas dan pantau bateri
- Ketahui makna ikon status
-
- Aksesori yang disertakan dengan iPhone
- Sambungkan peranti Bluetooth
- Strim audio dan video ke peranti lain
- Kawal audio pada berbilang peranti
- AirPrint
- Gunakan Apple EarPods
- Apple Watch
- Gunakan Magic Keyboard
- Pengecasan wayarles
- Handoff
- Gunakan Papan Klip Universal
- Buat dan terima panggilan Wi-Fi
- Gunakan iPhone sebagai hotspot Wi-Fi
- Kongsi sambungan Internet iPhone anda
- Pindahkan fail dengan iTunes
-
-
- Bermula dengan ciri kebolehcapaian
- Pintasan Kebolehcapaian
-
-
- Aktifkan dan berlatih menggunakan VoiceOver
- Tukar seting VoiceOver anda
- Pelajari gerak isyarat VoiceOver
- Kendalikan iPhone menggunakan gerak isyarat VoiceOver
- Kawal VoiceOver menggunakan rotor
- Gunakan papan kekunci atas skrin
- Tulis dengan jari anda
- Kawal VoiceOver dengan Magic Keyboard
- Taipkan braille atas skrin menggunakan VoiceOver
- Gunakan paparan braille
- Gunakan VoiceOver dalam app
- Sebut pilihan, sebut skrin, maklum balas penaipan
- Zum masuk pada skrin
- Kanta Pembesar
- Seting paparan
- Face ID dan perhatian
-
- Akses Dibantu
-
- Maklumat keselamatan penting
- Maklumat pengendalian penting
- Dapatkan maklumat tentang iPhone anda
- Lihat atau tukar seting selular
- Ketahui lanjut tentang perisian dan perkhidmatan iPhone
- Pernyataan pematuhan FCC
- Pernyataan pematuhan ISED Kanada
- Maklumat Laser Kelas 1
- Apple dan persekitaran
- Maklumat pembuangan dan kitar semula
- Hak Cipta
Sambungkan peranti Bluetooth ke iPhone
AMARAN: Untuk maklumat penting tentang mengelakkan kehilangan pendengaran dan mengelakkan gangguan perhatian yang boleh membawa kepada situasi berbahaya, lihat Maklumat keselamatan penting untuk iPhone.
Anda boleh menggunakan peranti Bluetooth seperti fon kepala wayarles, speaker, kit kereta dan banyak lagi dengan iPhone.
Nota: Penggunaan aksesori tertentu dengan iPhone mungkin menjejaskan prestasi wayarles. Bukan semua aksesori iOS serasi sepenuhnya dengan iPhone. Mengaktifkan mod pesawat boleh mencegah gangguan audio antara iPhone dan aksesori. Mengubah orientasi atau menempatkan semula iPhone dan aksesori bersambung boleh meningkatkan prestasi wayarles.
Aktifkan atau nyahaktifkan Bluetooth
Pada iPhone, pergi ke Seting , kemudian ketik Bluetooth.
Untuk memutuskan sambungan daripada peranti Bluetooth dengan cepat tanpa menyahaktifkan Bluetooth, buka Pusat Kawalan, kemudian ketik .
Pasangkan peranti Bluetooth
Ikut arahan yang datang bersama peranti untuk meletaknya dalam mod penemuan.
Pada iPhone, pergi ke Seting , kemudian ketik Bluetooth.
Ketik peranti dalam senarai Peranti untuk bersambung.
iPhone mesti berada dalam lingkungan 33 kaki (10 meter) dari peranti Bluetooth.
Jika anda mempunyai AirPods dan anda mengesetkannya dengan satu peranti iOS atau komputer Mac, ia disediakan secara automatik dengan peranti lain anda yang didaftarkan masuk menggunakan Apple ID yang sama (iOS 10, macOS Sierra, watchOS 3 atau lebih baru diperlukan). Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang menyediakan AirPods, pergi ke tapak web Sokongan AirPods.
Pintaskan peranti Bluetooth anda untuk panggilan
Untuk menggunakan penerima atau speaker iPhone untuk panggilan, lakukan mana-mana yang berikut:
Jawab panggilan dengan mengetik skrin iPhone.
Semasa panggilan, ketik Audio, kemudian pilih iPhone atau Telefon Speaker.
Matikan peranti Bluetooth, batalkan berpasangan atau bergerak ke luar liputan.
Pergi ke Seting , ketik Bluetooth, kemudian nyahaktifkan Bluetooth.
Batalkan berpasangan peranti
Pergi ke Seting , kemudian ketik Bluetooth.
Ketik bersebelahan peranti, kemudian ketik Lupakan Peranti Ini.
Jika anda tidak dapat melihat senarai Peranti, pastikan Bluetooth diaktifkan.
Jika anda mempunyai AirPods dan anda mengetik Lupakan Peranti Ini, ia dikeluarkan secara automatik daripada peranti lain yang disediakan menerusi akaun iCloud anda.